Monday, May 24, 2010

LuCkY tO HaVe U..




LuCky  (Jason miraz)

Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend

Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear 
the music fill the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh


p/s:thanks 4  all sweet moments that we had together


Sunday, May 23, 2010

.: tiBa Di kELanTan :.

lebih kurang jam 9:30 pagi taadi, aku sampai kat Kota Bharu, Kelantan...
alhamdulillah,selamat sampai...
memang aku letih, semalam ke Melaka, sampai rumah dah maghrib.....
siap2, terus nk gerak ke Kelantan...


tapi tak pe,aku kuatkan semangat...
semuanya demi mencari rezeki, untuk keluarga dan insan yang aku kasihi..
semangat daripada kalian membuatkan aku kuat...
senyuman kalian menaikkan semangat...
alhamdulilllah, dalam kekurangan ku ini, aku masih mampu
untuk berdiri, dengan GaGaH...mungkin...

InsyaAllah,aku akan berusaha sedaya mungkin untuk membawa pulang hasil yang terbaik
untuk aku hadiahkan buat keluarga dan insan yang tersayang..
biar aku rebah, biar aku gugur...
tapi hasil yang terbaik tetap akan kuberikan...


InsyaAllah, senyuman dan kegembiraan mereka akan mengubat
segala perit jerih aku memerah keringat.....
namun,
demi insan tersayang, akan aku korban kan segala yang termampu...
demi kebahagiaan kelak,
biiznilllah...ameen=)

thanx ummi, na dan semuanya...sayang semuanya..=)

Friday, May 21, 2010

.: eDit picTurE :.


jalan - jalan kat Hari Belia at Putrajaya


keindahan langit Putrajaya


jambatan @ putrajaya


4 jejaka perantau


kaMi wif kak aD eLite cLub

Wednesday, May 19, 2010

.: Allahu Rabbi :.

Seorang tukang gunting rambut sedang menggunting rambut seorang lelaki. Mereka banyak bercerita dan tiba satu ketika mereka bercerita tentang ketuhanan.
“saya tidak percaya adanya Tuhan”, kata tukang gunting rambut.
“oh, mengapa tidak percaya adanya Tuhan?”, lelaki itu membalas kata-kata tukang gunting rambut itu.
“Begini, cuba saudara perhatikan di persekitaran kawasan kedai ini sudah cukup membuktikan bahawa tiadanya Tuhan. Jika Tuhan itu ada, pasti tiada sakit, tiada manusia yang bermasalah, tiada manusia yang hidupnya melarat dalam kemiskinan.
Jika Tuhan itu ada, tidak akan ada semua kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan Tuhan Yang Maha Penyayang akan membiarkan semua ini terjadi jika benar Tuhan itu ada.
Lelaki itu hanya diam. Dia tidak mahu memberikan apa-apa balasan kerana dia tidak mahu terjadinya pertengkaran pendapat.
Selepas selesai rambutnya digunting dan membayar upah kepada Tukang gunting rambut, lelaki itu keluar dari kedai itu. Sebaik sahaja keluar, beliau ternampak seorang lelaki yang tidak terurus rambutnya. Rambutnya panjang dan sangat kotor.
Lelaki itu masuk semula ke kedai gunting rambut lalu berkata kepada si tukang gunting rambut.
“Wahai tukang gunting rambut, saya sangat yakin kali ini bahawa sebenarnya tiada si tukang gunting rambut.”
“eh, habis tu saya ini siapa? Saya berada di depan mata kamu sebagai tukang gunting rambut. Bagaimana kamu katakan tidak ada tukang gunting rambut?”, Balas tukang gunting rambut.
“Tidak ada tukang gunting rambut. Jika ada, bagaimana boleh ada seperti lelaki di luar sana yang mempunyai rambut panjang yang tidak terurus dan kotor?” lelaki itu menunjukkan lelaki berambut panjang dan kotor itu kepada si tukang gunting rambut.
“Oh..itu salah lelaki itu sendiri kerana dia tidak mahu datang ke kedai saya. Jika tidak pasti saya akan gunting rambut dia dan bersihkannya.”, jawab si tukang gunting rambut dengan yakin.
“Jika begitu bagaimana saudara katakan Tuhan itu tidak ada? Sedangkan saudara dan mereka yang ditimpa kesusahan itu TIDAK PERNAH CUBA MENCARI DAN DATANG KEPADA TUHAN? Tidak pernah cuba memohon kepadaNya untuk berada dekat denganNya.
Oleh kerana itu banyak yang sakit dan ditimpa kesusahan di dunia ini sedangkan Allah SWT itu Maha Penyayang.
Si tukang gunting rambut terdiam dan terpaku kerana tersedar selama ini dirinya tidak pernah mencari Tuhan yang sebenar lalu mengatakan Tuhan itu tidak ada.

.: LuaHan hATi :.




Dunia,

Dengarkan ini.

Aku bukan anak seni,

Aku bukan terdidik dengan indahnya puisi.



Aku,

cuma anak desa.

Remaja yang kurang serba-serbi,

Kurang dari zahirnya juga ilmunya.



Tetapi,

Aku hanya ada satu iltizam.

Aku benar ingin bebas dari kepompong ini,

Kemelut yang sering aku tangisi.



Seksanya ibuku, 

Payahnya ayahandaku,

Mengerah tulang bersama keringat,

Kadang berendam titisan suci, 

Demi anak-anak tercinta.



Bagaimana aku ingin pergi daripada sepi ini,

Sedangkan hanya sekelumit isi di jari.



Aku bukan pengubah puisi, 

Aku bukan pencetus tradisi. 

Aku sekadar insan terpinggir, 

Ditinggal jauh dek kemodenan. 



Apa yang tinggal, 

Secebis kudrat tersisa ini.

Aku gagahkan menapak bersamanya,

Untuk bangun mencapai mimpi,

Memahat di hati kalian.



Anak ini ingin berbakti, 

Juga berbudi kepada yang sudi,

Untuk kalian tercinta.



Izinkan aku pergi,

Demi mengejar semua realiti.

Aku bukan serikandi istana Melaka,

Sekadar gadis sepi bersama si Pencipta.

Tuesday, May 18, 2010

= bAhagIAn TuBuH PLg BerErtI..=

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling
penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang
aku anggap benar.


Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi
kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu."
Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah
memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."


Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak
jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi,
kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi
semua orang, jadi pastilah mata kita."



Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi
jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."


Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari
tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan
jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke
tahun, anakku."


Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih.
Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana
itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku
memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat
tinggal pada datok.


Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh
yang paling penting, sayang?"


Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering
berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.


Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu,
"Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu
sudah benar-benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu
beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah
memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu
harus belajar pelajaran yang sangat penting."


Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh
dengan airmata. Dia berkata, 
"Sayangku, bahagian tubuh yang paling
penting adalah bahumu."


Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?"
Ibu membalas, 
"Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala
seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.


Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk
menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan
teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila-
bila pun kamu memerlukannya."


Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak
menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati
terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.









Orang akan melupakan apa yang kamu katakan.argue
Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.neutral
Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.
Just because the past is painful, Doesn’t mean the future will be. So never let events from the past,
Change the events for future, or You will be miserable forever…


(iluvislam)







Sunday, May 16, 2010

.: maAfkAn diRi iNi :.

abang dah baca kat FB tadi...
abg mintak maaf sangat2 andai na rase sunyi...
masa abg agak pack, myb sampai abg jd bz sgt...
abg mntak maaf sgt2 na..


tak pernah terlintas sikit pun kat hati ini untuk wat na terluka..
apatah lagi menyakitkan hati na...
maafkan abg atas apa yang dah berlaku..
andai apa yang abang wat smpai na rse sunyi..
sampai na sakit...=(


sukar nak diungkapkan..
tapi hati ini sntiasa mengingatimu, insyaAllah abadan abada..
hope na cpt sembuh..
I will try my best..please forgive me...=(


from my heart : izzwana

Thursday, May 13, 2010

.: cEriTa kL sEntRaL :.

pagi tadi, aku kena ke HQ untuk stlekan beberapa urusan pasal Score A...
siap je semua urusan kat HQ, Damansara, aku naek keta ke stesen LRT Kelana Jaya..
aku turun kat situ, tunggu LRT..
destinasi seterusnya, Kl Sentral..


dalam pukul 1 : 30, aku dah sampai kat Kl Sentral..
terus pegi surau, kebetulan dah zohor, baik bayar hutang ngan Allah dulu
solat zohor sheikh...
perut masa tu dah mula menyanyi..entah lagu ape aku pun tak tau..
lapa bro..hehehe

abes solat, terus aku panjat tangga, pegi makan kat food court
macam besa, time lunch, orang punya la crowd..adooi
aku memusing cari tempat, last dapat gak tempat duduk..
bole la nak makan..=)


punya la lapa, makan baca bismillah je, doa tk sempat..
astaghfirullah...=(
tapi tak pe, da bismillah tadi...hehehe
bole tahan la makanan dia, tapi sedap ummi masak lagi..
ni dia nasik tadi..


urrrrppp, alhamdulillah....=)


*coretan semasa menunggu kedatangan na dari USIM..=)

.: piALa tHomAs :.

semalam aku dapat tiket free daripada pon
tiket untuk tengok PIALA THOMAS peringkat suku akhir...
dah benda free, blasah je la kan?=)


sesudah maghrib, aku terus bergegas ke stadium putra bukit jalil
1st time aku sampai kat stadium tu, sebelum ni tengok kat TV je...
not bad la keadaan stadium 2...
kira layak la anjur Piala Thomas..hehehe..


sengit bukan main..
habis suara aku menjerit...bagi sokongan padu malam tu..
semangat patriotik gayanya...hehehe
awal - awal leading dah sedap, 2 - 0..
sampai kat choon han,out...zakry ngan hoon pon out...adoi,dah 2 - 2...

masuk la lelaki melayu terakhir malam tu, Hafiz Hashim...
punya cantik anak klate ni main, alhamdulillah, menang jugak 3 -2..
maka layaklah Malaysia pegi separuh akhir...
tapi................
jumpa CHINA ma....
apa akan jadi??sama - sama kita nantikan...


buat hafiz hashim, cayalah...!!!!!!

Wednesday, May 12, 2010

.: wArkAh bUaT mU :.

sepanjang sebulan dua ni, macam - macam ujian yang mendatang..
kekadang, aku lemah, walau zahir nampak epy, gagah
tapi dalam hati, tak siapa yang tahu...


tapi, segalanya terubat bila DIA sudi mendengar segala masalah dan tekanan yang aku lalui...
aku hargai sangat2 segala pengorbanan dan susah payah dia kerana aku...
na, time kasih sangat2...
na dah banyak support n bagi smgt kat abang..
hati ini tenang dan rasa sangat tenang..
tak tau nak gambarkan camne dah...sonok sangat raseny na..

time kasih atas segalanya...
tak mampu untuk abang balas segalnya dengan wang ringgit atau apa pun...
hanya doa semoga na bjye n bahagia hendakNya, ameen..=)
maafkan andai diri ini selalu menyakiti dan menyusahkan mu...

ikhlas dari hati ini, yang menghargai dan menyayangi mu...=)

izzwana

.: mOtivAsi :.

seawal jam 8 : 30 pagi ni ( Rabu, 12/5) aku ngan bdk2 Score A ke SK Seksyen 7, Bangi..
pagi ni kami terlibat dengan satu program motivasi untuk pelajar darjah 6 sekolah tu..
355 pelajar jadi peserta, ramai gak la...


kalau ikut plan, 3 slot hari ni..
slot motivasi, slot muhasabah ngan slot I - Teacher...
tapi sekali dapat mikrofon kat SHAZRIL IMRI,ditibainye dia sorang sejam lebih...
lansung muhasabah tergendala...adoi...
I - Teacher pon melepas truss...
Ustad Imri Ustad Imri...ish 3x

tapi papepun, alhamdulillah,nampak ada kesan gak la..
75 % nangis tadi, hope kesan yang baik dan berkekalan...ameen...
punya jenuh ak ringkaskan, paling ringkas dah tadi tu...
tak penah - penah aku wat muhasabah 10 minit...huhh...


InsyaAllah, lepas ni lagi program group kami akan terus MOVE
semoga segala keringat dan apa yang kami kongsikan 
dapat memberikan kesan yang positif wat para pelajar, ameen..

semoga adik2 darjah 6 SK Seksyen 7 beroleh kejayaan hendaknya...
ha, lagi satu, jangan lupa contact kami balik untuk guna SCORE A taw...hehehe
ma'annajah wattaufiq....=)

izzwana

Monday, May 10, 2010

Kau InSpIrAsiKu...

Hari e2,fikiran aku runsing sangat.macam2 masalah datang.Sungguh kuat dugaan dari Dia.Aku reda.tapi aku hanya manusia biasa.yang lemah.Aku nak kuat,tapi aku x berdaya.Aku gagahkan diri aku untuk study.

Masa tue,exam x habis lagi.Last paper, masalah tue berlaku.Walaupun macam tue,aku kuatkan hati aku untuk study gak.Aku tetap nak berjaya walau ape pun terjadi.

Aku bersyukur sangat coz si dia sentiasa ada di sisi aku untuk menemani aku yang kesedihan.Sedih aku melihat dia yang tersengguk2 menahan ngantuk untuk menemani aku study.Time kasih abg.Pengorbanan abang x kan na lupakan..Doakan na kuat selalu ye..


Tuesday, May 4, 2010

sELamAt haRi iBu anD hAppY biRthDaY uMmi


selamat hari lahir yang ke 45 dan selamat hari ibu buat UMMI tersayang...
daripada angah dan waznah...=)

.:khAs bUat diRimU:.

na=)

.:mEncAri iNsAn beRnaMa aKu:.

kadang - kadang, terfikir sejenak, adakah aku kenal
SIAPA SEBENARNYA DIRI INI....??
petah bila berhadapan dengan insan lain, menampakkan kekuatan aku
kononnya...
namun didalam diri ini, telah banyak dosa kepada Allah yang belum tahu "STATUS"nya....
sudah terampunkah dosa - dosaku....
atau buat kesekian kalinya, semakin bertambah "KOLEKSI " hina itu...


dosa nan lalu mengikuti kemana sahaja hayunan langkah ku....
selagi keampunan ilahi belum berkunjung, mana mungkin keredhoanNya akan "MENYERTAI" ku...
aku bimbang, saat aku di"jemput" kelak
adakah sudah terbayar segala hutangku dengan AL - MALIK..??
insan kerdil lagi hina ini tak mampu menanggung segala kesalahan dan dosa...

semoga taubatku akan dipandang dan diterima Allah....aku yakin janji-Nya

" Dan barangsiapa yang memohon kepadaku, maka akan aku perkenankannya "

insyaAllah, andai aku terus berusaha dna memohon daripada-Nya
nescaya kelak, akan diterima oleh-Nya...
insyaAllah

 
semoga, aku bersyukur kepadaMu atas kurnianMu kepadaku...
kehadiran insan yang sentiasa menasihati dan menegurku
tatkala aku melakukan kesilapan
walau aku sedar, teramatlah baik insan itu kepadaku
namun aku belum cukup membalas segala kebaikannya kepadaku selama ini....


merenung sejenak diri ini...
memikirkan betapa kerdilnya aku...
dengan segala kekurangan dan kelemahan yang ada....
aku sedar, masih banyak yang perlu akau lakukan untuk menjadi "AKU"

terfikir di benak ini, sudah ku kenalikah sepenuhnya DIRI INI..??

wallahua'lam...

hALwa tELinGa