Monday, January 18, 2010

ISU PRK : MAHASISWA SEMALAYSIA MENGUNDI BERSAMA

Kira-kira 70,000 pelajar melibatkan enam universiti awam akan mengundi pada pilihan raya kampus serentak hari yang sama minggu depan, satu keadaan yang agak berlainan berbanding sesi pengajian lalu.

Keenam-enam universiti terbabit akan mengadakan pengundian secara serentak pada 28 Jan.

Mereka merupakan pelajar Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Perguruan Sultan Idris dan Universiti Putra Malaysia.

Perkembangan itu dijangka akan memberi impak ke atas keputusan pemilihan kali ini.

Malah buat pertama kali pelajar Universiti Malaya akan mengundi menggunakan sistem pengundian elektronik (e-undi).

“Sejak hari pengundian secara berperingkat-peringkat diperkenalkan bermula sesi pengajian 2008/09, ini kali pertama sejumlah universiti awam mengadakan pemilihan serentak pada hari yang sama.

“Sebab pengurusan universiti-universiti ini mengambil langkah ini, kami tidak pasti... kami tidak tahu,” kata Pengerusi kumpulan Pro-Mahasiswa, Mohd Shafie Hashim ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Penamaan calon pemilihan bagi universiti-universiti berkenaan akan berlangsung pada 25 Jan dan disusuli dengan hari mengundi pada 28 Jan.

Setakat ini Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan pilihan raya masing-masing. Pilihan raya kampus UMT berlangsung kelmarin.

Universiti Sains Malaysia juga dipercayai akan mengadakan pilihan raya kampus untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada 28 Jan.

Sebelum sesi pengajian 2008/09, institusi pengajian tinggi awam mengadakan pilihan raya kampus pada semester pertama pada hari yang sama.

Bagaimanapun ia berubah selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Dengan itu, universiti-universiti diberi kebebasan untuk memilih tarikh sendiri sama ada pada bulan Oktober (semester pertama) ataupun Januari semasa semester kedua.

Mohd. Shafie juga berkata pihaknya tidak menjangkakan pengurusan-pengurusan universiti terbabit akan memilih tarikh yang sama.

Dalam pilihan raya kampus kelmarin, kumpulan Pro-Mahasiswa memecahkan tradisi penguasaan MPP dengan memenangi pilihan raya kampus UMT.

Kumpulan Pro-Mahasiswa menguasai 11 daripada 12 kerusi MPP yang dipertandingkan.

Ini kali pertama kumpulan itu menguasai majoriti MPP yang menawarkan 12 kerusi melibatkan empat fakulti.

MPP UMT sepanjang empat sesi pengajian lalu dikuasai kumpulan Pro-Aspirasi.

MPT merupakan antara IPT awam baru ditubuhkan di negara ini.

Pro-Mahasiswa dan pro-Aspirasi merupakan dua ikatan tidak formal utama mewakili pelajar-pelajar IPTA dalam pilihan raya kampus IPTA. Kumpulan Pro-Aspirasi dilabelkan sebagai ikatan menyokong prinsip perjuangan politik kerajaan persekutuan manakala Pro-Mahasiswa dilihat mempunyai pendirian yang bertentangan.

Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa, melibatkan 14 universiti awam, telah melancarkan Misi-10 iaitu sasaran menawan kampus dalam pilihan raya MPP yang berlangsung mulai bulan ini.

Selain UMT, universiti yang diwakili kumpulan Pro-Mahasiswa itu setakat ini ialah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Putra Malaysia, Universiti Tenaga Malaysia, Universiti Industri Selangor, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Tun Hussein Onn dan Universiti Utara Malaysia.

MiSi-10 merupakan gabungan barisan yang diketuai oleh Pro-Mahasiswa berganding bahu bersama badan mahasiswa yang lain iaitu SMM, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Pergerakan Pemuda dan Pelajar Demokratik (Dema), Kesatuan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Skrikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA) dan Gabungan Mahasiswa Bantah E-voting (Bantah).

Kumpulan itu juga menuntut agar pengurusan universiti membenarkan kehadiran ejen pemantauan dari luar sepanjang pemilihan kampus diadakan.



izzwana

Friday, January 15, 2010

BERITA UTAMA BERITA HARIAN EDISI 15 JANUARI 2010

Sudut Pidato hidup semula

Oleh Hussain Said dan Norliza Abdullah
bhnews@bharian.com.my



  • UKM perintis selepas aktiviti diharamkan 1971






  • Pentas suarakan pandangan mahasiswa

    BANGI: Selepas kira-kira tiga dekad diharamkan, akhirnya Sudut Pidato atau Speakers' Corner di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan diwujudkan semula dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini menjadi perintis dalam memperkenalkan sudut itu, semalam.

    Sudut Pidato UKM itu terletak di kawasan terbuka di Teres Eko Niaga bersebelahan Perpustakaan Tun Sri Lanang yang menjadi tempat pelajar universiti berkenaan berehat dan menjamu selera.



    Sempena pelancarannya yang disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, tiga pelajar diberi peluang untuk berpidato, masing-masing selama lima minit.

    Mereka ialah Izzat Fathi Hisham, 21, pelajar Ijazah Sarjana Muda Antropologi dan Sosiologi Fakulti Sains Sosial, Adlin Noramirah Mohamed, 19 (Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan) dan Syamimi Ab Rahman, 23 (Ijazah Sarjana Muda Syariah Perundangan Islam).

    Ketiga-tiganya menyentuh isu keusahawanan dengan Izzat mengaitkan masalah pengangguran di kalangan graduan dengan menimbulkan persoalan sama ada ia berpunca daripada sikap pelajar yang lebih selesa makan gaji atau sistem pendidikan di universiti sendiri.


    IZZAT FATHI menyuarakan ideanya di Sudut Pidato UKM, Bangi semalam.

    Sudut Pidato menjadi pentas popular untuk menyuarakan pandangan di kalangan mahasiswa pada 1960-an hingga 1970-an, sebelum diharamkan selepas pelaksanaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.

    Februari tahun lalu, Kementerian Pengajian Tinggi menarik balik larangan itu menerusi pindaan semula AUKU, tetapi sejak itu belum ada universiti melaksanakannya. Dilema sudut pidato turut menjadi fokus dalam Varsiti � sisipan terbaru Berita Harian pada edisi sulungnya, semalam.

    Pada sidang medianya selepas melancarkan Sudut Pidato UKM, Mohamed Khaled berkata, IPT lain mungkin masih menunggu permohonan daripada penuntut masing-masing untuk memperkenalkan sudut itu.

    Beliau bagaimanapun, berharap sudut itu menjadi medan terbaik bagi membangunkan kemampuan dan sikap bertanggungjawab pelajar, terutama dalam melontarkan pandangan serta mengupas pelbagai isu secara kritis dan intelektual.
    "Kementerian tidak menetapkan garis panduan kepada penuntut dalam menggunakan sudut itu, sebaliknya menyerahkan kepada pentadbir IPT. Kita juga memberi kebebasan kepada pelajar dalam menyuarakan pandangan mereka, asalkan tidak menyentuh sensitiviti tertentu.

    "Apa yang penting, penuntut perlu bertanggungjawab dengan apa yang disuarakan kerana orang lain mendengar, melihat dan menyaksikan mereka.

    "Saya juga tidak ada masalah sekiranya mereka berbeza pendapat dengan saya tetapi matlamatnya sama iaitu untuk kebaikan," katanya yang turut merasmikan Teres Eko Niaga dan Pelancaran Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) UKM. Hadir sama Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

    Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menerima memorandum daripada sekumpulan pelajar Kolej Kediaman Pendeta Zaaba yang membantah tindakan tidak profesional pengurusan kolej, antaranya menaikkan yuran yang didakwa membebankan pelajar.

    Mohamed Khaled bagaimanapun, menegaskan orang luar tidak dibenarkan menggunakan sudut itu kerana ia khas untuk penuntut.

    "Mengapa perlu orang luar datang bagi memimpin penuntut, sebaliknya mereka perlu menjadi ketua," katanya.

    Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, pihaknya akan menubuhkan Unit Keusahawanan di Jabatan Pengajian Tinggi, Jabatan Kolej Komuniti dan Jabatan Politeknik dalam usaha mewujudkan nilai, budaya dan pemikiran keusahawanan di kalangan penuntut IPT.

    "Saya akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan supaya peruntukan RM20 juta yang dikhususkan untuk melaksanakan program keusahawanan di kalangan penuntut IPT di bawah program Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dulu disalurkan kepada kementerian untuk menjayakan program ini," katanya.

    izzwana





  • Monday, January 11, 2010

    MAHA SUCI ALLAH S.W.T


    Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. 


    Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku. Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..


    untitled12.jpg


    Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah ” Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah ” bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain.


    Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.
    Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. 


    Namun,Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali. Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku.
    Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan.


     Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah ” Ashhadu allaa ilaa ha illallah ( Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..


    Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini… 


    Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku… Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..


    Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah… Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah…..

    untitled3.jpg

    izzwana

    ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH UNTUK BUKAN ISLAM

    Sepuluh hari yang pertama tahun ini kelihatan tegang dengan isu penggunaan kalimah “Allah” oleh akhbar mingguan Katolik, Herald yang dibenarkan oleh mahkamah dan disusuli dengan lapan insiden menyerang rumah ibadat masyarakat Kristian di seluruh negara.

    Meskipun tidak dapat dinafikan isu penggunaan kalimah sudah lama berlarutan tetapi penyertaan di Dewan Himpunan Cina Selangor di ibu negara malam tadi, dalam lingkungan 1,500 orang, membuktikan rakyat negara sudah mempunyai semangat untuk berdialog, berbincang dengan mendengar isu sensitif dengan tenang.

    Forum yang membincangkan tajuk “Allah: Siapa Yang Punya”, walaupun ketepatan tajuk ini dipertikaikan dua daripada tujuh panelis, tetapi peserta daripada kalangan pelbagai agama dan kaum, majoritinya golongan muda, menunjukkan sikap terbuka dan kematangan mereka mengikut forum berkenaan.

    Di sebalik tepukan menyambut baik pandangan para panelis, hadirin juga nampaknya menerima pandangan dikemukakan tanpa sebarang perasaan emosi walaupun adakalanya diajukan soalan provokasi oleh panelis dan hadirin. Terima kasih kepada penganjur dan pengerusi forum Faridzul Nasaruddin yang dari awal-awal lagi, malah kerap kali memberi peringatan agar menganggap pertemuan malam tadi sebagai satu forum terbuka untuk membincangkan isu semasa iaitu penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam khususnya masyarakat Kristian Katolik.

    Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Azwira A. Aziz mengakui imej Islam terjejas sedikit dengan kejadian serangan ke atas gereja sejak minggu lalu.

    Beliau mengandaikan sedemikian ekoran maklum balas yang diterima dari dalam dan luar negara.

    Pun begitu kata beliau, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Dis lalu memihak kepada akhbar Herald kerana pasukan peguam yang mewakili Kementerian Dalam Negeri ataupun kerajaan telah gagal dalam menyenaraikan bukti-bukti yang menunjukkan bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah “Allah”.

    Kata Azwira, beliau berpendapat hakim terbabit telah membuat keputusannya berdasarkan hujah yang dikemukakan oleh barisan peguam.

    “Tiada bukti nas yang jelas... jika peguam pihak defendan dapat mengemukakan bukti-bukti bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah, saya sudah pasti keputusan memihak kepada Islam,” katanya.

    Mengenai dakwaan bahawa penggunaan kalimah “Allah” akan menyebabkan kekeliruan di kalangan orang Islam, Azwira menambah, perkara ini perlu dibuktikan dengan kajian yang terperinci.

    Malah kata beliau, berdasarkan maklumat yang diperoleh beliau menunjukkan situasi seperti itu tidak wujud termasuk di Sabah dan Sarawak, yang gereja di kedua-dua itu menggunakan Bahasa Malaysia untuk upacara di premis masing-masing.

    Sebaliknya kata beliau, maklumat yang diterima menunjukkan lebih ramai rakyat di Sabah dan Sarawak yang menganut Islam sejak kebelakangan ini.

    “Ini (wujudnya kekeliruan) andaian sahaja... kalau ada kajian yang betul yang mengatakan orang Islam murtad, kita boleh terima,” katanya.

    Mengenai cadangan dialog antara agama, Azwira bersetuju jika diadakan tetapi biarlah dalam skala yang kecil dan terhad.

    “Misalnya keanggotaannya terdiri daripada mereka yang betul-betul berkelayakan,” kata beliau ditemui The Malaysian Insider selepas forum berakhir.

    Semalam bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata, “Apa salahnya jika kita akan tubuhkan satu badan atau mekanisme yang dibiayai oleh kerajaan untuk membolehkan wakil semua agama duduk berbincang di mana segala hal yang rumit dan yang menjadi masalah serta isu pertelingakahan dapat dibincangkan secara ilmiah dan tertutup.”

    Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, antara pemimpin PAS yang menjadi sasaran kumpulan yang menentang keputusan mahkamah tempoh hari mengulangi pendirian beliau sebelum ini.

    Justeru kata beliau, isu semasa ini harus dilihat secara terbuka dari sudut kepentingan berdakwah bukannya mempersoalkan sama ada orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah “Allah” semata-mata.

    Pemimpin PAS ini menambah, oleh kerana Islam tidak melarang bukan Islam menggunakan kalimah “Allah”, dan sekiranya ia digunakan oleh mereka sudah pasti ia akan memudahkan proses mendakwah di negara ini dalam panjang.

    “Ini yang saya tekankan... soal dakwah. Di mana jika bukan Islam menggunakan kalimah, lagi ramai menggunakan kalimah Allah, ia akan memudahkan proses dakwah kita... sangat mudah, sangat jelas,” kata beliau yang berulang kali menekankan bahawa punca kepada masalah asas ini ialah sikap dan dasar Umno selama ini.

    “Ia menjadi usaha yang digolak oleh Umno,” kata beliau yang gambarnya dipijak ketika demonstrasi di Selangor Jumaat lalu.

    Pun begitu ada juga peserta yang kecewa kerana forum malam tadi tidak dihadiri biskop Roman Katolik Tan Sri Murphy Pakiam dan bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin sebagaimana dihebahkan.

    Ada juga peserta yang bertanya mengapa ahli politik dari parti lain tidak dijemput.

    Penganjur menjelaskan pihaknya sememangnya ada mengajukan jemputan beberapa pihak lain tetapi mereka tidak kesempatan menghadiri forum ini.

    Eddin Khoo, seorang penyair, penulis, penterjemah dan budayawan yang terkenal pula berkata, walaupun negara sudah lama merdeka pemikiran sebahagian rakyat masih di paras lama, dilihat sebagai salah satu punca kepada masalah semasa.

    Malah beliau juga menyelar apabila ada hadirin mempersoalkan sama ada penganut Buddha dan Hindu juga pada satu hari nanti akan membuat tuntutan untuk menggunakan kalimah “Allah”.

    “Saya agak risau apabila kita meleretkan isu penggunaan kalimah Allah dengan penganut agama lain.

    “Kita kena membezakan isu yang hadapi sekarang. Bagi saya soalan itu tidak harus timbul, tidak harus dikaitkan dengan isu lain,” kata beliau sambil menambah, masalah semasa secara tidak langsung berkaitan dengan masalah tiadanya keyakinan diri di kalangan masyarakat negara ini.

    “Malah masalah ini wujud di negara lain seperti Amerika Syarikat,” katanya.

    Oleh itu syor beliau, masyarakat perlu digalakkan untuk mengetahui agama-agama lain secara mendalam tanpa memencilkan diri mereka daripada pengetahuan tentang agama lain.

    Dr Mohd. Farid Mohd Shahran dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa berpendapat soal yang perlu diberi penekanan ialah aspek penterjemahan perkataan Tuhan dan Allah bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam dan bukan Islam.

    “Kita tidak harus lari dari isu sebenarnya. Bagi saya apa yang disuarakan oleh orang Islam ada asasnya walaupun ada yang mengambil kesempatan daripada isu ini.

    “Isunya bukan soal monopoli, siapa yang hendak menguasai kalimah Allah. Kalimah Allah sudah sebati dengan umat Islam dan ia membawa makna yang berbeza.

    “Oleh itu isunya sekarang ialah soal penterjemahan,” kata beliau yang berpendapat tajuk forum “Allah: Siap Yang Punya” tidak sesuai dengan isu semasa yang timbul.

    Turut mengambil bahagian dalam forum ini sebagai ahli panel ialah aktivis Hasmi Hashim, pendakwah Yayasan Maklumat dan Perkhidmatan Islam, Shah Kirit Kakulai Govindji dan Dr Khalif Muammar A. Harris dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma). 



    izzwana

    Wednesday, January 6, 2010

    REUNION SIRI KE - 2....??

    Aku tengok dalam shoutbox,korang cam smgt giler nak wt reunion....=) tapi lau stkt sembang dalam tu, tak jadi pe gak,tol x??so,korg set mase n tmpt,kte kmpl n bincang btl2 nak wt ke x?kt ne?ble? n segala yg sewaktu dengannya..=)


    So,wat Abe Sam,ko set la tmpt,as a leader...nati ktorg akn flow je..insya Allah lau tak de pe2 n tak de aral yg melintang,ktorg g...farabian 4 eva...!!!ce wah,touching cket...hehehe


    salam sahabat : izzwana

    hALwa tELinGa