Sunday, December 27, 2009

SUCI DAN MENYUCIKAN





Apabila membaca kitab-kitab fiqh, sudah menjadi kebiasaannya bab yang pertama adalah bab bersuci ataupun disebut الطهارة . Hal ini kerana bersuci merupakan satu perkara asas dan penting dalam Islam. Dengan kesucian itulah sesuatu amalan kita akan menjadi sah ataupun batal.

Pada post kali ini saya nak memperkatakan berkenaan pentingnya kesucian semasa kita menghadap Allah, iaitu bersolat. Saya juga ingin berkongsi berkenaan perlunya berpakaian yang bersih dan terbaik sepertimana yang diperintahkan Allah dan Rasulullah. Saya merujuk perkara ini dalam Kitab Thaharah, karangan Prof. Dr. Zakaria Awang Soh (ABU ZAKWAN).

Sepertimana yang kita tahu, kesucian dan keindahan pakaian dalam solat ternyata dituntut oleh Allah. Perkara ini dapat sahabat dan sahabiah rujuk pada ayat 31, Surah Al-A’raaf :



Perintah Allah : عند كل مسجد membawa maksud di sisi atau pada setiap tempat sujud (مسجد, (مسجد dalam ayat ini adalah kata umum, bukan kata khusus. Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah di dalam sebuah hadith :

‘Dan dari Abu Dzarrin, ia berkata : Aku pernah bertanya kepada Rasulullah : ,amakah masjid yang pertama kali dibangunkan ? Baginda menjawab : Masjidil Haram, lalu aku bertanya lagi : Kemudian mana lagi? Baginda menjawab : Masjidil Aqsa, lalu aku bertanya lagi: Berapa lama antara kedua masjid tersebut? Baginda menjawab: Empat puluh tahun. Lalu aku bertanya lagi: Kemudian yang mana lagi? Baginda menjawab : Di mana sahaja kamu menjumpai waktu solat, maka solatlah di situ, kerana semua (tanah ini) adalah tempat bersujud’ (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadith yang lain diriwayatkan :

‘Dan dari Abu Hurairah dari Nabi saw ia bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu merasakan sesuatu di dalam perutnya, kemudian ia ragu-ragu apakah telah keluar sesuatu atau tidak, maka janganlag keluar (batalkan) dari tempat sujud (solat) sampai benar-benar ia mendengar suara atau menemukan bau’ (HR Muslim dan At-Tirmizi)

Hadith-hadith di atas menunjukkan bahawa perkataan مسجد itu adalah 
‘tempat sujud’. Apabila dikatakan berada di sisi atau pada sisi tempat sujud, ia bermakna sedang bersolat. Oleh itu ayat 31, Surah Al-A’raaf di atas menyurug kita memakai pakaian indah di setiap kali kita mengerjakan solat. Namun demikian, di dalam kita memakai pakaian yang indah-indah ini, Allah telah mengingatkan kita dengan firmanNYA , ‘…janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan’.

Maka oleh itu kita perlu menjaga supaya jangan berlebih-lebihan atau melampau-lampau di dalam menggunakan pakaian-pakaian indah kita. Namun demikian, dalam menjaga hal berlebih-lebihan ini, kita juga tidak boleh terlampau menjaga 
‘rate’pakaian kita supaya tidak berlebih-lebihan sehingga pakaian yang indah yang sepatutnya boleh kita pakai untuk menghadapNYA, telah kita sia-siakan. Allah telah berfirman dalam Surah Al-A’raaf, ayat 26 :



Jelas yang Allah menurunkan kepada kita pakaian untuk menutup aurat dan untuk perhiasan. Rasulullah pernah menyatakan dalam sebuah hadith riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim: 
‘Sesungguhnya Allah itu indah (cantik dan bagus), Ia (Allah) suka kepada yang indah (cantik dan bagus)’

Oleh itu, selain daripada bersih dan suci, pakaian kita semasa solat hendaklah indah dan bagus.

Wednesday, December 23, 2009

PERHATIAN KEPADA KAWAN - KAWAN,SATU TEMUDUGA KHAS AKAN DIADAKAN....PENYERTAAN ADALAH WAJIB...!!!!!!!


Temuduga sebagai : calon Jenazah

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN :
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA :
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR :
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON :

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia
akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang
menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup
di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada
sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu
berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku
tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata
kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah
pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka
berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja
solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi
Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah
kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu
pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira
mayat itu... Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.


JAZAKALLAHU KHAIRAN KHATSIRA

salam sahabat : izzwana

Monday, December 21, 2009

SUCIKAH HATI INI DALAM MENCARI REDHO ALLAH S.W.T




[renovate_hati.jpg]


Sabda Rasulullah s.a.w : " Didalam tubuh manusia,ada seketul daging,jika baik daging itu,maka baiklah seluruh tubuhnya,jika rosak daging itu,maka rosaklah seluruh tubuhnya,sesengguhnya daging itu adalah HATI.."


HATI,bila sebut tentang hati,sume tahu,antara organ terpenting dalam badan..tu fakta secara saintifik la kan..?namun disebalik fakta saintifik tu,kalau korang baca dan fahami betul - betul maksud mafhum hadis kat atas ni,agaknya la,besar tak peranan hati ni dalam KESELURUHAN HIDUP HAMBA ALLAH kat atas muka bumi ini...??!!jawapannya mesti la sangat besar..tak gitu..?


HATI dalam erti kata lain merupakan medium penentu ataupun sebagai kiblat bagi segala tindak tanduk KITA..senang cakap,apapun yang kita nak buat,mesti kita ikut gerak hati,tak kisahla benda baik ataupun buruk...tapi kalau hati dah kata on,compem on..kan..?


Oleh sebab tu lah Nabi Muhammad s.a.w sebut,SEKETUL DAGING,JIKA ELOK IA, MAKA ELOKLAH SEELURUH TUBUH MANUSIA...maksudnya kat sini,hati tu kena sentiasa dipantau dan di"renovate"kan,kalau boleh saban hari...sebabnya tak lain,untuk pastikan "SEKETUL DAGING" yang Rasulullah maksudkan tu benar - benar terjaga...


Sebaiknya,sebelum membuat sesuatu keputusan ataupun tindakan,nilailah dengan hati,yang telah di"filter"kan dengan IMAN dan PANDUAN dari Allah s.w.t...janganlah asyik nak buat sesuatu mengikut nafsu dan kehendak kita semata - mata...bukan apa,ditakuti,kot kalau apa yang kita buat tu,tersasar dari apa yang diredhoi oleh Allah s.w.t..








Posting kali ni just nak ingatkan diri aku yang lemah dan hina disisi Allah s.w.t ni,dan juga wat kawan - kawan seperjuangan...semoga pasni,apa jugak tindak tanduk kita,walaupun kita ni tak da tanduk,(jenaka petang...hehehe)rujuk dan nilailah melalui hukum Allah s.w.t, tak kira siapa jugak kita satu masa dulu,apa yang penting, kita merubah dan kembali mencorak,siapa kita sekarang dan akan datang...


Semoga kalian semua sentiasa dibawah lindungan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t...aku pun mengharapkan perkara yang sama...redho dan rahmat dari Allah azzawajalla...sekadar renungan dan peringatan untuk kawan - kawan...


wallahu a'lam..



salam sahabat : izzwana

Friday, December 18, 2009

BUKAK SEM BARU, TAHUN PERTAMA DI UNIVERSITI




Sedar ataupun tak,rupanya dah masuk sem2 kita sume kat Universiti,satu alam pendidikan yg boleh la kalau nak kata yg tertinggi kat dunia ni..Namun dalam keseronokan melangkah ke Dunia Baru ni,dah sedia ke kita nak harungi cabaran dan dugaan yg bakal mendatang..??

Sesekali,perlu rasanya kita semak balik buku lama,tengok kat sem lepas,BERJAYAKAH KITA....????cukup ke pointer yg kita dapat,puas hati ke dengan sume tu,atau masih banyak lompong - lompong kosong yang WAJIB kita tampal,baru boleh selamat dan selesa dalam perjalanan baru ni...



Aku sedar,aku sendiri pun masih belum puas hati dengan apa yg aku gapai time sem 1st lepas...tapi tak kan sedar,pastu biar,PATUT...????!!!!so kalau rasa tak patut,jom la sesama kita panjatkan munajat pada Allah s.w.t dan tingkatkan USAHA untuk terus mengorak langkah bagi menrealisasikan segala matlamat dan sasaran yang kita idamkan...sem ni,pastikan kita dapat apa yang kita target,usaha kearah target tu..

INGAT,YANG BULAT TAKKAN DATANG BERGOLEK,YANG PIPIH TAK KAN DATANG MELAYANG...!!!!so,siapkanlah diri kita sama2,agar sem ni,lebih baik dan bagus dari sem lepas...wat kengkawan sume,aku doakan kejayaan kalian sume di dalam bidang masing - masing,hope secebis doa kalian tak lupa untuk hamba Allah yang kerdil lagi hina ini..

salam ukuwwah : izzwana

Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431





Selamat menyambut Maal Hijrah1431 pada esok hari,Jumaat 18 Disember 2009..semoga Maal Hijrah kali ini akan memberikan nafas baru dalam kehidupan seharian setiap hamba Allah diatas muka bumi ini..


Seperti tahun - tahun sebelumnya, setiap dari kita sudah semestinya mempunyai azam dan matlamat masing - masing, namun yang berbeza setiap kita, mampu ataupun tidak untuk merealisasikan matlamat tersebut..itu sahaja.


Namun, apa yang diharapkan pada tahun baru ini, terutamanya kita yang beragama Islam, bersamalah kita mengubah dan menjadikan diri kita lebih baik daripada tahun - tahun sebelumnya,insyaAllah..


Salam maal hijrah untuk sahabat - sahabat seperjuangan, semoga beroleh kejayaan dan rahmat dari Allah s.w.t...ameen..










salam sahabat : izzwana

Tuesday, December 15, 2009

RESULT EXAM 1ST SEM DAH KELUAR...!!!!!!!




Result exam kita kat U 4 1 st exam da kuar,hope kengkwn sume dpt result sme cam yg korg taget....ak pun dah cek,alhamdulillah,ok la,tp tak la ok mne....huhu...korg yg da dpt result tu,kngc la ngn kengkwn...leh kite sesame cuba bersaing sesame kita,persaingan sehat bro,cam kat smap dlu..=)


bittaufiq wannajah,ila anta minni, waana minkum..

salam sahabat : izzwana

hALwa tELinGa