Sunday, November 29, 2009

AKU ( IZZAT ) DALAM BERITA HARIAN (DEBAT)

Baru - baru ni,tanggal 19 Oktober 2009, aku join pertandingan DEBAT,alhamdulillah rezeki memihak kat aku,kitorang menang..tajuk memang best " KAHWIN MUDA : RELEVAN ATAUPUN TIDAK "...memang sonok lawan tajuk ni,aku Kerajaan pulak tu,memang "RELEVAN" sangat la...hehehe

alhamdulillah,ada rezeki, ktorang menang...dapat la habuan sikit2...aku ngn kawan2 ditemuramah wartawan dari Berita Harian dan Harian Metro..mula ingat besa2 je,tgk2 masuk sungguh dlm paper...sonok gak la...alhamdulillah...=)

kat bawah ni aku nak kongsi kenangan manis ni dengan kawan - kawan se sMapL dulu...doakan kejayaan aku kat sini...doa wat korang tak pernah dilupai..bittaufiq wannajah..


salam sahabat : izzwana

Friday, November 27, 2009

PERSAHABATAN KITA

persahabatan-21.jpg (450×338)

Aku teringat lagi time kita kat sMapL dulu, dekat nak STPM dah masa tu,macam - macam jadi,tapi bila dah abes skola,baru terkenang,indahnya PERSAHABATAN ini...so,wat kawan2 sume,aku nukilkan luahan hati ini,untuk kalian, SAHABATKU...

Memang mudah untuk mencari teman bergembira tetapi terlalu sukar untuk mencari teman berkongsi duka. Seandainya masih ingat bait-bait lagu Hijjaz tentang kawan. Dipaparkan di sini satu kisah untuk renungan bersama. Terdapat tiga orang sahabat yang bersama-sama ke mana sahaja ketika dalam pengajian di kampus. Mereka menyertai sebuah persatuan yang sama.

Pada hari terakhir di kampus, masing-masing menyatakan hala tuju hidup selepas ini. Dua daripada mereka telah bersetuju untuk bersama-sama bekerja di Selangor. Namun, sahabat yang seorang lagi telah mengambil keputusan untuk kembali ke negeri sendiri dan bekerja di sana. Kedua-dua sahabat ini kecewa kerana sahabatnya ini ingin meninggalkan mereka dan seolah-olah apa yang dirancang sebelum ini adalah sia-sia.

Tiada siapa menyangka, setahun kemudian sahabat ini kembali berjumpa mereka dan menghulurkan bantuan setakat yang mampu. Kedua-dua orang sahabat ini malu dengan diri sendiri kerana berprasangka terhadap sahabatnya. Ukhwah mereka kembali bertaut lantaran kemanisan ukhwah yang dikecap. Kerana kasih sayang yang ada dalam diri mereka. Di mana sekalipun kita berada, sahabat tetap diingati dalam doa. Yang paling penting, ikatan yang dibina adalah kerana –Nya.

Kasih sayang merupakan asas kepada ketenangan. Islam sendiri menekankan konsep kekeluargaan sebagai asas tarbiah yang membolehkan terjalinnya ikatan kasih sayang. Sekiranya kita imbau kenangan lalu bersama teman-teman sudah pasti ia masih terpatri dalam ingatan sekalipun telah bertahun tidak berjumpa. Ikatan kasih sayang sebenarnya dapat menjana kekuatan ingatan. Sehubungan dengan itu, walau jarak memisahkan hubungan kekeluargaan dan ikatan persahabatan masih utuh.

Menyingkap kisah Nabi Yusuf wajar diambil iktibar oleh semua. Bagaimana Nabi Yusuf ditinggalkan oleh adik beradiknya dalam perigi. Ditakdirkan Allah baginda diambil oleh sekumpulan musafir dan dijual kepada raja Mesir. Baginda dianugerahkan kepakaran mentafsir mimpi. Melihat kepada kejujuran dan kepakaran yang ada pada Nabi Yusuf, raja telah melantik baginda sebagai Menteri Kewangan. Ketika memegang jawatan ini, baginda ditakdirkan bertemu semula dengan saudara mara dan kedua ibu bapanya. Lantas mengikat kembali ikatan silatulrahim yang sedia terjalin. Dari kisah ini, Allah berfirman yang bermaksud :

“Maka ketika mereka membawanya dan sepakat memasukkannya ke dasar perigi, dan Kami wahyukan kepada Yusuf : Sesungguhnya kamu akan menceritakan kepada mereka perbuatan ini, sedang mereka tidak ingat lagi.” (SurahYusuf :15)

Bagi seorang ayah, bau badan anaknya masih segar di ingatan. Sepertimana firman Allah dalam Al Quran yang bermaksud :

“Pergilah kamu dengan membawa baju hamisku ini, maka letakkanlah ia ke wajah ayahku, nanti ia akan melihat kembali dan bawalah keluargamu semuanya kepadaku. Ketik kafilah itu keluar (dari Mesir). Sesungguhnya aku mencium bau Yusuf, sekiranya kamu tidak menuduhku lemah akal (tentu kamu membenarkan aku).”
(Surah Yusuf :93-94)

Sungguhpun lama terpisah, ingatan Nabi Yaakub cukup kuat terhadap Nabi Yusuf iaitu anak kesayangnnya. Bagi Nabi Yusuf, perancangan negatif saudara mara ke atasnya masih segar dalam ingatan. Sirah ini memberikan petunjuk penting kepada kita dalam menjana kekuatan ingatan yang berteraskan hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Terasnya ialah perasaaan cinta dan kasih sayang, penyerahan diri kepada Tuhan dan kesediaan menempuh cabaran hidup dengan positif.

Dalam konteks kehidupan kita khususnya dalam persahabatan, adakalanya pertengkaran kecil pasti berlaku. Inilah yang mengeratkan lagi ikatan antara sahabat dan lebih mengenali diri masing-masing. Sekalipun ada hati yang terguris, lantaran kasih sayang yang wujud dalam diri berjaya menangkis segalanya. Kita akan memaafkan kesalahan sahabat kerana kasih akan sahabat. Ibarat manusia ini adalah satu anggota tubuh yang mana apabila salah satu anggota itu sakit, anggota lain pasti terasa juga tempiasnya. Jangan gadaikan sebuah persahabatan dek satu kesilapan yang dilakukan oleh sahabat kita. Tidak ada manusia yang sempurna di dalam dunia. Oleh itu, hendaklah kita menerima sahabat seadanya dan saling melengkapi.

Dalam meniti hari-hari yang mendatang, adakalanya tekanan melanda diri. Lantaran beban kerja yang menimbun dan masalah yang bertali arus datang dan pergi. Tika ini sahabat diperlukan untuk mencurahkan isi hati yang terpendam. Bersama renungkan analogi ini. Sekumpulan alumni yang mempunyai kerjaya yang mantap mengadakan pertemuan di rumah seorang profesor. Masing-masing menceritakan kehidupan dan tekanan kerja dan keluarga yang dihadapi. Mendengar luahan hati mereka, profesor tadi segera bangun menuju ke dapur. Kembali dengan membawa teko besar berisi air kopi dan pelbagai jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porselin, plastik, kaca dan kristal.

Profesor tadi menyuruh menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut. Setelah semua bekas pelajarnya mengambil kopi masing-masing, profesor itu berkata : “ Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil dan meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Ini adalah keadaan yang biasa di mana anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda, tetapi itulah punca kepada masalah dan ‘stress’ yang anda semua hadapi.

Apa yang sebenarnya diperlukan hanyalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk mengambil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk lagi anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain. Kehidupan diibaratkan seperti kopi. Kerjaya, wang dan masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan sekadar alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah dan hanya alat yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang dipegang sehingga gagal untuk menikmati kopi tersebut.

Bagaimana penulis ingin mengaitkan dalam apa situasi sekalipun kita memerlukan seseorang untuk mendengar dan memberikan sokongan di kala diri lemah. Bagaimana pelajar-pelajar tadi saling memerlukan antara mereka. Sebagai penasihat dan pembimbing tika diri sedang leka dibuai mimpi indah. Oleh itu, janganlah mengabaikan atau memutuskan ukhwah yang terjalin kerana kesibukan duniawi. Hargailah sahabat yang berada di sekeliling kita.

Teliti kembali, adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab sebagai sahabat sebaik mungkin. Atau sekadar teman untuk minum kopi dan teh sahaja. Renungi diri. Jadilah sahabat yang baik dan sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabatnya. Jujurlah dalam bersahabat. Sebelum meneruskan persahabatan yang mendalam mohonlah petunjuk Allah agar tidak tersalah pilih. Terimalah sahabat anda sebaiknya dan maafkanlah kesilapan yang sengaja atau tidak sengaja dilakukan. Persahabatan yang dijalin kerana Allah pasti berkekalan. Nilai sebuah persahabatan itu tidak mampu dibeli dengan wang dan harta lantaran harganya yang tidak terungkap.

salam sahabat : izzwana

Thursday, November 26, 2009

SEJENAK KENANGAN KITA KAT SMAP DULU



kenangan b4 balik raya kat smapl dulu....rindunye...huhuhu

SELAMAT HARI RAYA 'AIDIL ADHA


Selamat hari Raya Haji! by ardikashfi.
Salam 'aidil adha dari izzwana...semoga kedatangan 'aidil adha kali ini membawa seribu makna kepada kita semua sebagai seorang muslim, disisi Allah s.w.t. Sepanjang sem satu di universiti, kini kita semua di kampung halaman masing - masing untuk meraikan hari yang dikenali sebagai raya korban, disamping keluarga tersayang..




Sekadar renungan untuk tatapan bersama, kisah putera kepada Nabi Adam a.s, tatkala masing - masing memberikan hasil dari usaha masing - masing untuk menjadi korban dihadapan Allah s.w.t, salah satu diterima dan yang satu lagi telah di tolak oleh Allah lantaran melihatkan keikhlasan dan kemulian hati Habil yang telah mempersembahkan korban yang paling baik dan paling disayangi dari harta yang dimilikinya, manakala Qabil lagi pula adalah sisa dan saki baki yang tidak lagi di inginkan..

INGATLAH...!!!!!!!janji Allah s.w.t kepada sekalian hambanya, barangsiapa yang memberikan dan munumpukan ketaatan kepada Allah dengan sepenuh ketaatan dan keikhlasan, maka janji Tuhan itu pasti, ni'mat dan ganjaran yang terbaik menanti disana...namun barang siapa yang melakukan sebaliknya,INGATLAH, AZAB ALLAH ITU MAHA PEDIH AZABNYA...!!!!!

Semoga segala apa yang kita "korban"kan dan lakukan,akan dinilai oleh Allah s.w.t, moga - moga segal apa yang kita "korban"kan itu adalah yang terbaik dan diterima oleh Allah s.w.t sebagai amalan dan bekalan untuk ke hari Akhirat sana..

Moga 'Aidil Adha kali ini akan memberikan kesedaran dan kekuatan Iman yang lebih jitu kepada kita semua untuk bersiap sedia menghadap - Nya kelak...SALAM LEBARAN BUAT SEKALIAN RAKAN TAULAN, SALAM 'AIDIL ADHA...

wallahu 'alam...

izzwana

Thursday, November 19, 2009

DEBARAN MENANTI RESULT EXAM

takut.jpg (320×297)
Setelah berjaya mengharungi exam pertama kat U,sejuk kejap perasaan sume...aku yakin...!!!=)
tapi kini debaran kembali terasa coz nak tunggu keluarnya result...jeng jeng jeng...ha, apa macam,ada berani ke nak amek result nati...???hehehe..=)

tak pe,papepun, kita tunggu sampai result kuar nanti, sesama la kita doakan kejayaan kita bersama, InsyaAllah,ameen....=)nati lau da kuar result, gtw la sme kat kengkawan...

k la,papepon. wish all of US success...!!!!!!!

Wednesday, November 11, 2009

EXAM PERTAMA DI UNIVERSITI

Aku sempat bertanyakan kat 2 3 orang kengkawan yang kat UKM, bila bertanyakan tentang exam kat Universiti cam ne, sume senyum...nampak macam sinis,ikhlas ke tak ni..??hehehe

tapi secara overall, sume kate yang exam kat Uni lebih senang,pada aku , rasanye cam betul je...sebab time kat sMapL dulu, subjek L6 kena carry g U6, agak membebankan kepala gak la, tingat soalan2 c. hussien , ustaz zawawi, dan ckg2 laen, memang maut tu...hahahah...tapi kat Uni, agk bebeza la,abes je sem ni, sume buku tu dah boleh diframekan, pas tu letak kat muzium....hahahaha...=)

papepun, aku doakan kesemua kengkawan agar korang berjaya dengan cemerlang dalam exam yang dilalui, kita sama2 cuba pulun, ad list ,dapat anugerah Dekan pun jadi lah...insyaAllah,ameen...=)

kalau pun impian kita setinggi ujung tangga ni, insya Allah dengan usaha yang berterusan, topup lagi ngan doa sendiri dan kawan2 sume,kejayaan akan bersama kita, insyaAllah....

ingat sume, kunci kejayaan adalah DUIT :



Doa
Usaha
Ikhtiar
Tawakkal

salam sahabat : izzwana

Tuesday, November 10, 2009

IFTAR JAMAIE DI PORT DICKSON , NEGERI SEMBILAN



Salam,pada 12/9 merupakan detik yang sungguh manis bagi diriku. Mana taknya, setelah berpisah dengan rakan-rakan seperjuanganku di smap labu sejak akhir tahun lepas kami telah berkumpul dan berjumpe kembali.Bagaikan ayam bertelor kecoh sekampung, mcm dah 10 tahun tak jumpa.Terasa sangat suasana di smap labu semula.Hampir kesemua ahli batch turun bagi menyambut iftar jama'i bersama rakan-rakan lain.
Semua kerjasama dapat dilihat apabila kami berkemas-kemas tempat setibanya di destinasi, Teluk Kemang, Negeri Sembilan.






Kami menginap selama 2 hari 1 mlm di sebuah tempat sewa yang cantik lokasinya di tepi pantai.Kegembiraan raut wajah rakan-rakan terserlah keserian dengan kegembiraan.Apa tidaknya,perbagai ragam perangai yang mencuit hati pada waktu itu.Rakan-rakan dari UPSI,UKM,UM,UPM,USIM dan Guru Ugama turut mengambil bahagian dalam iftar nie.Memang best,walaupun tidak dapat menjalankan beberapa aktiviti pada jam 1-4pg di tepi pantai di sebabkan keadaan tidak mengizinkan tetapi kami tetap terhibur.





Malamnya kami membuat bbq,ni la saat paling best apabila api tiba membakar seluruh ikan dan ayam.Dengan pantas saya dan rakan-rakan memadamkan api.Kalau tidak,xmakan dan sahurlah kami.





Dari sini,kami dapat rasakan suasana adik-beradik yang sungguh intim .Rasa xnak berpisah pada pagi esoknya,tapi kita merancang dan Allah jua merancang dan perancangan Allah itu tepat,kami akur dan keseronokan bersama walaupun 2 hari 1 malam memang memberi kami kenangan dan mematangkan kami.Berakhirnya pertemuan kami bermula di Seremba 2.Tetapi sebelum tu kami wat pertandingan main boling,ni yang best sekali.Purdah tak purdah,kain tak kain pon baling gak boling.Akak yang jage tu pon pelik.hehe.





Selepas zohor kami berangkat ke tempat belajar kami di IPTA-IPTA di Malaysia ni menaiki van-van dan kereta yang dipandu macam pelesit.Akhirnya kami selamat sampi di tempat yang ditujui, barulah terasa keletihannya.
Tak boleh tidur,terfikir dan terbayang detik-detik keseronokannya.InsyaALLAH jika di panjangkan usia kite semua dapatlah kita berjumpa semula bersama.AMIN.






Bagi rakan-rakan di UPM,IPIS,UIA,KUIN,UDM insyAllah kita akan berjumpa dan diharapkan kepada semua rakan-rakan marilah mengambil bahagian dalam setiap program yang dijalankan kerana ia bertujuan untuk kita semua juga.Apalah sangat wang ringgit jika dibandingkan dengan nilai persahabatan.

sumber : WIFI

FARABIAN 08' KEMBALI BERNYAWA...!!!!

Mulai saat n i, jam 02 : 05, aku akan kembali mengAKTIFkan blog kita ni kengkawan sekalian,korag pun rerajin la tlg updatekan ye...=)

selamat kembali wat korang sume....!!!!!

*sesape yang ada blog,tlg tinggalkan link kat shoutbox,aku nak wat link kat bloglist...tenkiu...=)

hALwa tELinGa