Tuesday, April 26, 2011

~ 8 Aspek Kebahagian Hidup ~



alt

Semenjak 11 tahun yang lalu, misi hidup saya adalah untuk menjadi the best I can be and live life to the fullest. Pertama kali saya menulis misi tersebut, saya sendiri tidak jelas bagaimana caranya untuk jadithe best mahupun untuk live life to the fullest.
Namun, benarlah seperti yang dikatakan oleh Jack Canfield dalam bukunya iaitu, "If A is where you are now and B, is where you want to go, then it is just a straight line. Don't ask how to get there because the how will come when you know where you want to be". Malah, beberapa buku seperti The Secret, Millionaire Mindset, Awaken the Giant Within dan banyak lagi turut menekan betapa penting mempunyai misi dan visi dalam hidup.
Alhamdullilah, dalam tempoh 11 tahun ini, daripada pembacaan dan berkawan dengan individu-individu hebat, saya dapati, bagi menjadi diri yang terbaik, saya perlu seimbang dalam 8 aspek penting dalam hidup. Aspek ini merangkumi emosi, fizikal,spiritual, intelektual, kewangan, keluarga, karier dan komuniti. Berikut dijelaskan setiap aspek (tanpa keutamaan). Ingin dimaklumkan penjelasan ini hanya berdasarkan pembacaan dan ilmu yang dikutip dari beberapa individu hebat yang saya temui. Saya akur, penjelasan ini ada kekurangannya.
Emosi
Selama ini, saya sering meletakkan diri terutama emosi  di tempat kedua. Saya beranggapan adalah selfish jika saya mendahului emosi sendiri berbanding orang lain. Namun, semakin dewasa, saya dapati, emosi diri sama penting untuk dijaga. Ia memberi impak pada penyerapan ilmu, ketahanan fizikal dan elemen-elemen lain dalam hidup. Pada masa yang sama, ilmu yang diserap mampu memantap dan mematangkan emosi semakin usia meningkat.
Fizikal
Ramai yang mengukur kebahagiaan dari simbol-simbol seperti aset yang dimiliki dan pada 'besar gelaknya' seseorang. Namun, betapa malangnya pada mereka yang mempunyai aset yang banyak dan 'gelak yang besar' tetapi kesihatan tidak pernah dijaga. Pemakanan, senaman dan pemantauan kesihatan amat penting untuk menikmati hidup yang cemerlang.
Spiritual
Tiga minggu lepas di satu kursus, kami ditanya perbezaan antara believe dan faith. Saya termanggu seketika untuk mencari perbezaan. Menurut penceramah itu, believe adalah apabila seseorang itu ditunjukkan bukti, barulah dia akan percaya manakala faith adalah tahap kepercayaan walaupun tanpa bukti, mereka percaya ia wujud atau sesuatu itu akan berlaku. Menyerap kata-kata itu, keyakinan kita pada janji Tuhan mengenai orang-orang yang sabar dan orang-orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan adalah kunci untuk ketenangan hidup di dunia dan keabadian hidup di akhirat.
Intelektual
Intelektual bukan bermakna seseorang itu harus mempunyai sijil menggunung atau bercakap menggunakan bahasa tinggi. Meningkatkan kemahiran, membaca buku, berbual bicara dengan individu hebat dan belajar dari pengalaman diri sendiri adalah antara cara untuk meningkatkan intelektual.
Kewangan
Jika ada yang berkata, "aku tidak mahu kaya, aku mahu hidup sederhana", dia hanya membohongi dirinya. Hakikatnya, hidup di dunia memerlukan wang. Malah, sebagai seorang muslim, kita seharusnya berusaha untuk menjadi kaya untuk membantu lebih ramai rakan muslim di mana jua mereka beada. Justeru, mulalah melabur. Lagi muda lagi bagus.
Keluarga
Keseimbangan hidup juga harus meliputi keluarga. Mereka adalah kelompok terdekat yang perlu disayangi dan menyayangi kita.
Karier
Kita juga harus memberi yang terbaik pada karier. Sebaik-baiknya, tugas yang dilaksanakan itu bukan berpaksi pada imbuhan semata-mata. Memang betul kita bekerja untuk mendapatkan duit, namun jangan jadikan duit sebagai satu-satunya tujuan kita bekerja. Kita mahu lakukan tugas itu dengan amanah dan sehabis baik. Barulah berkat duit yang kita dapat.
Komuniti
Hubungan baik dengan Allah harus seiring dengan hubungan baik sesama manusia. Ramai antara kita yang 'amat sibuk' bekerja sehingga terlupa bahawa kita hidup dalam komuniti masyarakat. Mereka adalah jiran, rakan sekerja, orang yang kita temui semasa menunggu bas, pembekal, rakan-rakan dalam facebook/twitter dan sebagainya.
Sekali pandang seperti "banyaknyaaa..." untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup. Namun, apabila saya temui individu-individu hebat, kebanyakkan mereka memiliki kelapan-lapan aspek ini dalam hidup mereka. Justeru, jika saya ingin mencapai misi becoming the best I can be and live life to the fullest, saya juga perlu seimbang dalam kelapan-lapan aspek ini.
Saya menyeru rakan-rakan sekalian untuk sama-sama be best and live life to the fullest. Berubah menjadi diri kita yang terbaik dan menikmati hidup yang cemerlang, tiada ruginya. Malah, lebih manis dan berkat hidup apabila kita mempunyai kelapan-lapan aspek ini dalam hidup. Yuk! Kita mulakan hari ini :)

Monday, April 25, 2011

.: ujiAn dAri Allah :.

terkadang aku termenung, apabila sesuatu masalah menimpa, seperti tidak terdaya untuk aku menghadapinya...
terasa terlalu penat dan letih apabila masalah mula menjengah..
Ya Rahman, aku tidak terdaya mengawal semua ini...
aku sedar akan janji Mu, masih jelas di fikiranku potongan daripada firman Mu dalam surah Al Baqarah, ayat 286, peringatan tentang ujian dan kemampuanku hamba - hambamu untuk mengatasi segala ujian yang mendatang, namun terkadang, aku seperti tewas sebelum berjuang..

2:286

Ya Allah, aku redho dengan takdir yang telah Engkau tetapkan...
namun aku bermohon, agar diberikan sedikit ruang kepadaku untuk "bernafas"
Tak terdaya rasanya untuk melawan, dengan kudrat yang tak terdaya menanggung derita ini...
aku redho Ya Allah, aku redho...

telah 22 tahun aku menanggung kehidupan yang menyakitkan ini..
berikanlah aku ruang yang lebih "luas" untuk secebis " nafas" yang tertangguh,22 tahun lamanya...
Ya Razzaq, hanya padamu kini aku mampu berserah dan memohon..
segalanya telah aku lakukan apa yang terdaya..
telah aku kerahkan kudrat dan keringat..
kini, aku tewas dalam gelanggang ini, tanpa mampu lagi menongkah badai beban ini
tanpa Rahman dan Rahim Mu Ya Rabbul 'Izzati..


Ya Malikal Mulk, berikanlah kekuatan kepadaku untuk mnenghadapi semua ini..
rintihan dan doa dari hamba Mu yang hina..


ameen =_(

Thursday, April 21, 2011

.: pErjALaNan mEncAri rEdhO iLahi :.

5 jam perjalanan, akhirnya sampai ke negeri jelapang padi, negeri yang menjadi tapak mula aku "membentuk" diri ini, disuatu sudut di penjuru kota..


kenangan lalu sedikit mencuit perasaan tatkala melihat sign board " EXIT Kuala Kedah, Langkawi 500 meter "..kenangan di Maahad Mahmud mula menjelma..disinilah tempat aku mula belajar akan erti hidup yang sebenar, dalam perjalanan mengenal Allah s.w.t dan menuju keredhoannya..


moga perjalanan ku kali ini ke bumi barakah di bawah pemerintahan pimpinan Islam kini, di iringi redho dan rahmat dari Ilahi..Ya Allah, Ya Aziz, Ya Razzaq, berkatilah perjalanan dan usahaku di bumi ini...semoga segala urusan dipermudahkan - Nya..

Perjuangan yang BELUM selesai ^_~

Wednesday, April 20, 2011

.: PerjALanAn sEbUah tArbiAh isLaHiyYah :.

.: MENGENALI SANG PENCIPTA :.


Saban hari kita mendengar baik di corong radio, di kaca televisyen dan secara lansung, para pendakwah buat kesekian kalinya menyeru ummat manusia agar mengenali Allah s.w.t dengan cara yang pelbagai, termasuklah mengetahui dan beriman kepada sifat Allah yang 20, 99 nama – nama Allah dan sebagainya. Tidak kurang juga ungkapan dari golongan ‘alim dan sufasthoiyyun :

“ Barangsiapa yang mengenali dirinya, maka dia akan mengenali 
Allah s.w.t “

Tidak dapat dinafikan, untuk mengenali Allah s.w.t sehingga sampai ketahap Rasulullah dan golongan sahabat adalah suatu perkara yang terlalu jauh untuk dicapai, namun sekurang – kurangnya perlulah wujud usaha yang serius dan istiqamah untuk mendalami ilmu berkaitan ketuhanan, disamping amalan – amalan seharian yang mampu menggapai HUBBULLAH, iaitu cinta Allah s.w.t.

Mendalami dan memahami sifat Allah yang 20, contohnya WUJUD, yang membawa maksud ADA. Andai di definisikan secara luaran dan kulit sahaja, ada atau wujudnya Allah s.w.t maka ada itu di tafsirkan sebagai penguasa dan pemilik kepada langit dan bumi serta sekalian isinya yang wujud. Akan tetapi, persoalan demi persoalan mula timbul.
Jika benar setiap manusia meyakini akan kewujudan Allah Azza Wajalla, mengapa hampir setiap hari masih kedengaran gejala maksiat tetap bermaharajalela, anak tidak berdosa di buang di merata – rata, apa yang paling menyedihkan, hampir kesemua pelaku kepada setiap masalah tersebut adalah individu yang mengaku diri mereka sebagai ISLAM. Pastinya mereka juga mengakui kewujudan Allah, akan tetapi, sejauh manakah WUJUD nya Allah s.w.t secara hakikinya di dalam diri mereka?

Maka seharusnya sebagai seorang hamba yang mengimani akan WUJUD nya Allah s.w.t, adalah wajib untuk kita meyakini bahawa kewujudan Allah itu ada dimana – mana, tidak kira dalam apa jua tindakan dan perjalanan kehidupan kita sehari – harian, Allah s.w.t adalah tunjang kepada perlaksanaan kesemua jadual hidup tersebut.

Tidak dapat disangkal, untuk menggenggam tahap keyakinan sehingga timbulnya YAKIN bahawa Allah ada dimana – mana, memerhatikan setiap perilaku dan tindakan kita, mengawasi setiap amalan dan perbuatan serta mengadali dan menghakimi setiap langkahan kita tidaklah semudah seperti yang disangka, kerana kita tidak mampu untuk melihatnya pada masa kini, dan hanya medan penghakiman di mahsyar Allah nanti yang mampu menjadi saksi akan semua ini, maka langkah untuk menanamkan keyakinan ini mestilah dilaksanakan dengan istiqamah dan konsisten.


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian siang dan malam terdapat (tanda-tanda kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memiliki akal.” (QS. Ali Imran: 190)

Firman Allah s.w.t dalam surah ‘Ali Imran, ayat ke 191 telah menyatakan, bahawa manusia di perintahkan untuk memerhatikan alam sekeliling mereka, baik dari penciptaan langit, bumi, siang, mahupun malam bertujuan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Azza Wajalla kerana di dalam setiap kejadian dan penciptaan tersebut, terdapatnya tanda – tanda kewujudan dan kebesaran Allah s.w.t. Setiap sesuatu yang ada diatas muka bumi Allah s.w.t ini sudah semestinya mengandungi maksud dan pengajaran yang bermanfaat buat umat manusia.

Selebihnya, terpulang kepada manusia untuk menilai dan memerhati, atas apa yang telah di pertontonkan di atas muka bumi ini, baik dari penciptaan langit tanpa tiangnya, putaran siang dan malamnya, dan tanda – tanda kebesaran Allah yang lainnya. Andai manusia menggunakan akal dengan cara yang betul, bersandarkan keimanan yang teguh serta akidah tauhid kepada Allah s.w.t, maka secara sedikit demi sedikit, setiap HAMBA Allah di atas muka bumi ini akan dapat mengenali Tuhannya dan mampu untuk menggapai mardhotillah kelak.

hALwa tELinGa