Wednesday, April 20, 2011

.: PerjALanAn sEbUah tArbiAh isLaHiyYah :.

.: MENGENALI SANG PENCIPTA :.


Saban hari kita mendengar baik di corong radio, di kaca televisyen dan secara lansung, para pendakwah buat kesekian kalinya menyeru ummat manusia agar mengenali Allah s.w.t dengan cara yang pelbagai, termasuklah mengetahui dan beriman kepada sifat Allah yang 20, 99 nama – nama Allah dan sebagainya. Tidak kurang juga ungkapan dari golongan ‘alim dan sufasthoiyyun :

“ Barangsiapa yang mengenali dirinya, maka dia akan mengenali 
Allah s.w.t “

Tidak dapat dinafikan, untuk mengenali Allah s.w.t sehingga sampai ketahap Rasulullah dan golongan sahabat adalah suatu perkara yang terlalu jauh untuk dicapai, namun sekurang – kurangnya perlulah wujud usaha yang serius dan istiqamah untuk mendalami ilmu berkaitan ketuhanan, disamping amalan – amalan seharian yang mampu menggapai HUBBULLAH, iaitu cinta Allah s.w.t.

Mendalami dan memahami sifat Allah yang 20, contohnya WUJUD, yang membawa maksud ADA. Andai di definisikan secara luaran dan kulit sahaja, ada atau wujudnya Allah s.w.t maka ada itu di tafsirkan sebagai penguasa dan pemilik kepada langit dan bumi serta sekalian isinya yang wujud. Akan tetapi, persoalan demi persoalan mula timbul.
Jika benar setiap manusia meyakini akan kewujudan Allah Azza Wajalla, mengapa hampir setiap hari masih kedengaran gejala maksiat tetap bermaharajalela, anak tidak berdosa di buang di merata – rata, apa yang paling menyedihkan, hampir kesemua pelaku kepada setiap masalah tersebut adalah individu yang mengaku diri mereka sebagai ISLAM. Pastinya mereka juga mengakui kewujudan Allah, akan tetapi, sejauh manakah WUJUD nya Allah s.w.t secara hakikinya di dalam diri mereka?

Maka seharusnya sebagai seorang hamba yang mengimani akan WUJUD nya Allah s.w.t, adalah wajib untuk kita meyakini bahawa kewujudan Allah itu ada dimana – mana, tidak kira dalam apa jua tindakan dan perjalanan kehidupan kita sehari – harian, Allah s.w.t adalah tunjang kepada perlaksanaan kesemua jadual hidup tersebut.

Tidak dapat disangkal, untuk menggenggam tahap keyakinan sehingga timbulnya YAKIN bahawa Allah ada dimana – mana, memerhatikan setiap perilaku dan tindakan kita, mengawasi setiap amalan dan perbuatan serta mengadali dan menghakimi setiap langkahan kita tidaklah semudah seperti yang disangka, kerana kita tidak mampu untuk melihatnya pada masa kini, dan hanya medan penghakiman di mahsyar Allah nanti yang mampu menjadi saksi akan semua ini, maka langkah untuk menanamkan keyakinan ini mestilah dilaksanakan dengan istiqamah dan konsisten.


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian siang dan malam terdapat (tanda-tanda kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memiliki akal.” (QS. Ali Imran: 190)

Firman Allah s.w.t dalam surah ‘Ali Imran, ayat ke 191 telah menyatakan, bahawa manusia di perintahkan untuk memerhatikan alam sekeliling mereka, baik dari penciptaan langit, bumi, siang, mahupun malam bertujuan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Azza Wajalla kerana di dalam setiap kejadian dan penciptaan tersebut, terdapatnya tanda – tanda kewujudan dan kebesaran Allah s.w.t. Setiap sesuatu yang ada diatas muka bumi Allah s.w.t ini sudah semestinya mengandungi maksud dan pengajaran yang bermanfaat buat umat manusia.

Selebihnya, terpulang kepada manusia untuk menilai dan memerhati, atas apa yang telah di pertontonkan di atas muka bumi ini, baik dari penciptaan langit tanpa tiangnya, putaran siang dan malamnya, dan tanda – tanda kebesaran Allah yang lainnya. Andai manusia menggunakan akal dengan cara yang betul, bersandarkan keimanan yang teguh serta akidah tauhid kepada Allah s.w.t, maka secara sedikit demi sedikit, setiap HAMBA Allah di atas muka bumi ini akan dapat mengenali Tuhannya dan mampu untuk menggapai mardhotillah kelak.

No comments:

Post a Comment

hALwa tELinGa