Saturday, June 26, 2010

< Memahami Musibah Daripada Persepsi Positif >







Hidup kita di muka bumi ini sering dilanda ujian, dugaan dan musibah. Selalu kita dengar nasihat daripada teman-teman dan sesiapa jua yang menggalakkan kita bersabar, seperti ungkapan ini :
“ Bersabarlah, ini ujian daripada Allah, ada hikmah di sebaliknya... "
Bagaimanakah biasanya penerimaan kita tatkala mendengar ungkapan ini?
Apakah reaksi kita sendiri apabila kita ditimpa musibah dan ujian?
Rata-rata masyarakat sekarang, samada yang memberikan nasihat atau yang menerima nasihat, tidak memahami konsep ungkapan tersebut daripada perspektif yang positif. Malah ada yang memandang negatif atau pun meluat apabila dinasihati supaya bersabar dengan musibah yang melanda. Secara tak langsung, kita sebenarnya menyalahkan takdir ataupun lebih tepat lagi telah bersangka buruk dengan Allah. 
Hikmah apa?
Apa hikmahnya?
Nak bersabar macamana lagi?
Aku dah tak ada kesabaran lagi dalam diri aku ini!! Kenapa aku ditakdirkan untuk melalui perkara ini? Aku tak sanggup untuk menderita lagi dan seterusnya.
Firman Allah dalam Hadis Qudsi :
Barang siapa yang bersangka buruk pada-Ku, nescaya Aku akan mengikuti sangkaan-sangkaan buruk hamba-Ku itu.

Mengapakah Allah amat melarang kita daripada bersangka buruk (
negative thinking) pada-Nya dalam apa keadaan sekalipun? Walaupun sedang ditimpa musibah?
APAKAH ITU MUSIBAH

Musibah berasal daripada kata 
ashaabayushiibumushiibatan yang bererti segala yang menimpa pada sesuatu perkara berupa baik kesenangan mahu pun kesusahan.

Namun, umumnya difahami musibah selalu diidentitikan sebagai kesusahan. Padahal, kesenangan yang dirasakan pada hakikatnya musibah juga. Dengan musibah, Allah hendak menguji sesiapa yang baik amalnya.


Kami membuatkan segala yang di bumi untuk perhiasan baginya, dan supaya Kami menguji siapa antara mereka yang paling baik dalam amalan. (Al-Kahfi: 7)

Ada tiga golongan manusia dalam menghadapi musibah :

a. Pertama adalah golongan yang menganggap bahawa musibah adalah sebagai hukuman dan azab kepadanya. Sehingga, dia selalu merasa sempit dada dan selalu mengeluh.

b. Kedua, golongan yang menilai bahawa musibah adalah penghapus dosa dan dia tidak pernah menyerahkan apa-apa hal yang menimpanya kecuali kepada Allah.

c. Ketiga, golongan yang meyakini bahawa musibah adalah ladang peningkatan iman dan takwa. Golongan yang seperti ini selalu tenang serta percaya bahawa musibah itu, Allah menghendaki pada kebaikan bagi dirinya.

Dalam Hukum Tarikan, kita telah mempelajari bahawa fikiran negatif akan menarik tenaga berfrekuensi negatif kepada kita, dengan bentuk cetusan minda yang kita pancarkan tadi. Firman Allah dalam Hadis Qudsi tadi telah membuktikan hukum ini. Tetapi bagaimanakah untuk tetap bersangka baik walaupun kita sedang mengalami satu situasi yang kita rasakan amat sulit untuk kita bersabar dan bersangka baik?

Disini, amat penting untuk kita memahami dari persepsi positif tentang sesuatu musibahyang melanda. Kita ambil contoh :
Senario pertama

Seorang lelaki yang mengalami sakit pada dadanya. Dia kemudiannya datang berjumpa doktor untuk meminta rawatan dan pertolongan. Setelah diperiksa, maka dia disahkan mengalami kerosakan pada jantung dan perlu dibedah. Ketika dibedah, doktor akan melakukan perkara-perkara yang kita nampak seperti kejam contohnya, membelah dada pesakit, darah yang memercik keluar, dan segalanya yang amat mengerikan.
Tetapi mengapa kita membenarkan perkara ini berlaku tanpa ada rasa marah pada doktor itu? Mengapa kita boleh bersabar menunggu hingga pembedahan selesai, sehingga luka-luka tersebut sembuh, dan akhirnya jantung pesakit itu berjaya diubati, malah pesakit itu berterima kasih pada doktor tersebut?
Ini adalah kerana kita faham, bahawa doktor tersebut bukan berlaku kejam atau sengaja hendak menyeksa pesakit tersebut. Sebaliknya doktor itu bertujuan untuk merawat dan menolong pesakit itu, tetapi terpaksa melalui proses pembedahan yang menyakitkan.

Senario kedua

Kereta anda telah cukup tempoh untuk digantikan 
timing belt. Anda ke bengkel kereta untuk menggantikan timing belt yang baru. Mekanik akan membuka dan membawa turun enjin kereta anda dan ketika ini kereta anda yang amat anda sayangi kelihatan tak ubah seperti himpunan besi buruk yang berselerak, ketika mekanik sedang melakukan proses memasang timing belt itu. Tetapi anda tidak merasa marah atau runsing kerana anda tahu, selepas segalanya selesai, kereta anda akan kembali seperti keadaan asal. Anda juga sanggup menunggu kereta anda disiapkan dengan sabar. Semua ini adalah kerana anda memahami apa yang berlaku.
Cuba kita renungkan sejenak, dalam kehidupan kita , kebanyakan perkara atau benda yang ingin kita menambahbaik (upgrade) atau ingin dibaiki, pasti akan melalui proses yang membabitkan keadaan tidak selesa/berselerak/bersepah atau buruk, ketika proses upgradetadi dijalankan. Tidak kira apa jua senarionya, seperti membetulkan sistem paip di dalam rumah, membaik pulih jam tangan, rumah, komputer dan sebagainya. Tetapi apa yang kita tahu, sebaik sahaja proses membaik pulih ini selesai, segalanya akan menjadi lebih baik dan lebih produktif. Seperti komputer yang telah diupgradekan, ditukar RAM dan lain-lain, ianya akan berfungsi lebih laju dan efisien.

Maka begitu jugalah dengan sesuatu musibah yang melanda diri kita. Bukankan kita semua selalu mendengar dan bersetuju dengan ungkapan ini :
" Yang baik itu dari Allah, yang khilaf itu dari kelemahan manusia sendiri... "
Benar!
Allah hanya memberikan yang terbaik sahaja pada semua hamba-hamba-Nya. Maka cubalah kita ubah pandangan kita terhadap apa jua musibah yang melanda diri kita kepada 'proses pembaikan/perawatan' dari Allah supaya diri manusia itu bersedia untuk menerima kebaikan yang ingin diberikan Allah pada manusia itu, kerana, mungkin sekiranya tanpa melalui suatu proses pembaikan/perawatan hamba tersebut tidak dapat/tidak bersedia untuk menerima pemberian yang ingin diberikan kepadanya.
Maka kerana itulah, kita selalu mendengar ungkapan :
Apabila Allah ingin memberikan kebaikan pada hamba-hambanya, Dia akan mulakan dengan musibah.
Maka sekarang kita lebih nampak dan faham apakah sebenarnya musibah itu, dan faham apakah yang dimaksudkan dengan 'ada hikmah disebaliknya'.
Sebenarnya, apabila dilanda musibah, kita perlu memahami/ beranggapan bahawa apa yang kita doakan telah dimakbulkan Allah maka kerana itulah, proses pembaikan/rawatan ini melanda kita, kerana sesuatu yang kita doakan/hajatkan selama ini telah dimakbulkan. Bukan sahaja dalam kes penyakit, musibah boleh juga dalam bentuk kegawatan ekonomi, masalah rumahtangga, masalah anak-anak, kerjaya dan sebagainya. Selidikilah dan renung-renungkanlah, apakah yang kita pernah doakan dan apakah sebenarnya sedang kita lalui dalam apa jua masalah hidup yang melanda kita.

Seperti diterangkan pula dalam hadis sahabat Abu Hurairah bahwa Nabi S.A.W bersabda :
“ Tiada apapun yang menimpa seorang Mukmin berupa bencana dan menderita kesusahan, kecuali semua itu menjadi sebab untuk menghilangkan dosa-dosanya. ”
(HR Bukhari dan Muslim).
Sahabat Ibnu Mas’ud juga meriwayatkan dari hadis lain, ia menyebut :
“ Bahawasanya tiada seorang muslim pun yang tertimpa kerosakan dan penyakit, atau bencana yang lebih ringan lagi, kecuali Allah Ta’ala akan menggugurkan dosa dosanya, bagaikan gugurnya daun dari dahan pohon. ”

Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah ra. meriwayatkan pula sabda junjungan Rasulullah S.A.W :
“ Barangsiapa diuji dengan beberapa kesulitan, dan ia dapat mengatasi kesulitan itu dengan ketabahan dan menerimanya dengan ikhlas, tertulis baginya di sisi Allah dengan darjat yang mulia dan dihapus dosa dosanya. ”  
Seorang muslim yang soleh tidak boleh mengira dan berprasangka bahwa Allah tidak memperhatikan lagi dirinya. Ini adalah su'uldzon dan pandangan yang negatif dan dangkal. Seorang muslim memandang Allah tidak semata mata daripada segi pemberian Allah yang jelas dan dirasakan daripada sisi material semata-mata, akan tetapi ia harus melihat pemberian Allah dari sisi yang lain yang tidak dapat dilihat dan dinyatakan dengan mata kepala.

Seorang hamba hendaklah dapat merasakan pemberian Allah sebagai anugerah, maka ia pun harus dapat merasakan ujian dari Allah itu juga suatu anugerah kasih sayang daripada Allah SWT. Hikmahnya seorang hamba dalam keadaan kesusahan, atau sedang tertimpa bencana, ia akan bertambah dekat kepada Allah Swt. Dengan dekatnya si hamba kepada-Nya, maka akan berlimpahlah kasih sayang kepada si hamba. Itulah anugerah yang tidak ada taranya. Orang yang keimanannya tebal, akan menerima setiap bencana, selain sebagai ujian atas keimanan, termasuk Allah menunjukkan kasih sayang dan rahmat-Nya kepada si hamba, sebagai bukti Allah adalah 
Rabbun (pengasuh, pendidik) bagi alam semesta dan seluruh makhluk-Nya.

Nabi Muhammad Saw dalam hal ini bersabda,
“ Allah Ta’ala menguji seorang hamba dengan bencana. Apabila si hamba sabar menerima, maka ia termasuk pilihan. Apabila ia reda menerima, maka ia termasuk orang istimewa.”

Antara tindakan yang boleh kita lakukan setiap kali merasakan kita dilanda musibah.

1. Kita diajarkan untuk mengucapkan kalimah : 
Innalillahiwainnailaihirrojiuun (dari Allah ia datang, kepada Allah ia kembali)
Ucapkanlah, dan berdoalah semoga musibah itu sebentar sahaja dan berdoa memohon kekuatan dalam menghadapinya. Ini diajarkan sendiri oleh Allah kepada kita. Mengapa kita tidak mahu mengamalkannya? Sama seperti amalan membaca Bismillah sebelum makan.

2. Rasulullah S.A.W bersabda :
" Berselawatlah padaku di permulaan musibah itu adalah sangat baik sekira kamu mengetahui. "
Rasulullah menyarankan supaya berselawat padanya ketika saat permulaan mengalami apa jua musibah/masalah. Berselawat keatas Nabi adalah bermaksud mendoakan kesejahteraan Nabi seperti : Allahumma solli ala saidina muhammadinnabiyyil umiyyi
Mengapakah mendoakan kesejahteraan Nabi, sedangkan kita yang dilanda masalah? Ramai yang tidak menyedari akan khasiat daripada mendoakan Nabi S.A.W.
Sabda Nabi S.A.W :
" Sesiapa yang berselawat kepadaku (mendoakan kesejahteraanku) sekali (1 kali), maka Allah akan memberikan kesejahteraaan kepada sesiapa yang berselawat tadi sebanyak sepuluh (10) kali. "
Lihatlah betapa besarnya fadhilat berselawat ini. Nabi S.A.W adalah kekasih Allah, diturunkan ke bumi ini sebagai Rahmatallilalamin (rahmat buat sekalian alam). Maka mendoakan untuk orang sangat dikasihi Allah, Allah akan membalas sepuluh kali ganda pada orang berdoa tadi. Maka selalulah kita berselawat dengan ikhlas, tidak kira di waktu senang atau pun susah. Tidak perlu tunggu hingga menerima musibah untuk berselawat.

3. Bersangka baik dengan Allah (
Husnuldzon/Positive Thinking) kepada Allah.
Kenalilah Allah yang kita sembah itu dengan persepsi yang betul dan benar dengan mempelajari dan menghayati sifat-sifat-Nya yang telah diajarkan kepada manusia. Juga dari 99 nama Allah, kita dapat belajar sifat Allah.
Sekiranya kita melihat seorang gadis yang cantik rupawan, acapkali kita terpanggil untuk melihat gadis itu sekali lagi, kerana apa? Kita terpegun dengan kejelitaan wajah gadis itu. Maka cuba kita fahami bahawa Yang Menciptakan gadis tersebut tentulah lebih indah, lebih cantik, sepertimana yang diriwayatkan bahawa di dalam syurga kelak, apabila Allah membuka hijab-Nya kepada manusia, para ahli syurga akan terpegun dan ternganga melihat kecantikan dan keindahan Allah hingga tidak berkata apa-apa selama 40 tahun.
Ini baru sifat-Nya yang Maha Indah dan Maha Sempurna. Bagaimana dengan sifat-sifat-Nya yang lain seperti Maha Pengasih, Maha Penyayang?

Allah memberitahu kita, Dia amat menyayangi hamba-hamba-Nya melebihi seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya. Bolehkah kita fahami betapa besarnya kasih sayang yang sebegini rupa? Maka wajarkah kita mengatakan Allah itu tidak adil? Pilih kasih? Kejam dan sebagainya yang hanya merupakan sangkaan buruk yang tidak benar?

Ubahlah persepsi kita pada Allah mulai sekarang, semoga Allah memberikan hidayah dan rahmat-Nya pada kita semua, semoga kita semua sentiasa dilindungi-Nya daripada persepsi yang salah dan memudaratkan diri kita sendiri.



iluvislam


Wednesday, June 23, 2010

.: pErjaLaNan kE sAbaH 2 :.


insyaAllah, lau tak de pe aral yg melintang, 5 julai ni aku akan g Sabah skali lagi...
kali ni pegi dengan cara "serampang 2 mata"..hehehehe
ak nak g uruskan hal score A n yg terbaru...jeng jeng jeng
aku kini saudagar MUTIARA...=)



benda ni mula time 1st ak g Sabah ri2
aku beli mutiara untuk family,skli kene tipu la...mhl
then ak da dpt jmp suppliers Sabah,fuhh...
harga kurang smpy 80% rupeny...citt

last before balik,aku decide akan datang lagi untuk ambik mutiara ke semenanjung...
welcome to my MUTIARA stall...forthcoming =)


izzwana

Monday, June 21, 2010

.: jiWa :.

“Sesiapa yang ingin terus ‘hidup’ harus memiliki sebanyak mungkin kekayaan jiwa. Inilah kunci-kunci untuk membongkar segala kelemahan. Semua ini akan menjadikan jiwa kita tenang dalam kesibukan, tersenyum dalam kesedihan, jiwa tinggi di bawah tekanan, bergerak dalam kepayahan, optimis mendepani halangan dan gembira dalam segala kesulitan.”



 
Jiwa yang hidup adalah jiwa yang sedar siapa dirinya di depan Allah SWT lalu dia menjadikan seluruh hidupnya sebagai ketundukan dan kepatuhan. Dia sentiasa memperbaharui keimanan, keikhlasan, keberanian, kesabaran dan keteguhan jiwa. Lalu jiwanya mampu istiqamah ketika mengharungi hari-hari dimana jiwanya kadang-kadang terasa sunyi dan bersendiri. 

izzwana

Saturday, June 19, 2010

.: sALafUs sOLeh :.


As-Salafus Soleh dari sudut bahasa bermakna para pendahulu yang soleh. Yang dimaksudkan dengan istilah as-Salafus Soleh adalah para pendahulu kaum muslimin dari kalangan sahabat nabi,tabi'in(para murid sahabat) dan tabi'ut tabi'in(para murid tabi'in). Dengan demikian as-Salafus Soleh adalah tiga generasi awal dari kaum muslimin.



Dalil-dalil daripada Al-Qur'an Al-Karim

Di dalam Al-Qur'an, surah at-Taubah ayat 100 yang ertinya :
"Dan generasi yang terdahulu dan pertama (masuk Islam) dari kalangan kaum muhajirin dan ansar serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah telah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah, dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yag mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung."

Ayat tersebut menetapkan bahawa redha Allah dan syurga-Nya itu bagi sahabat nabi (muhajirin dan ansar) dan orang-orang yang mengikuti mereka. Ini menunjukkan bahawa syurga itu di capai dengan cara mengikuti pemahaman sahabat dalam perkara din(agama), maka mengikuti mereka merupakan suatu kewajipan.

Di dalam surah Ali Imran ayat 110 yang ertinya :
"Kalian adalah umat terbaik yang di tampilkan untuk manusia, kalian telah memerintahkan kebaikan dan melarang kemungkaran dan beriman kepada Allah."

Ketika ayat ini turun, lafaz kalian di tujukan kepada sahabat nabi, maka ayat tersebut menetapkan bahawa sahabat adalah generasi yang terbaik dalam perkara agama. Penetapan Allah swt terhadap diri mereka sebagai generasi terbaik, menunjukkan pemahaman sahabat dalam perkara din,dalam perkara akidah mahupun amal, kerana tidaklah seseorang itu mengikuti dan meneladani kecuali yang telah di tetapkan oleh-Nya sebagai generasi terbaik dari umat ini.

Maka orang-orang yang mengikuti sahabat dalam beragama akan menjadi bahagian dari kelompok sahabat, menjadi sebahagian dari umat terbaik yang telah di tampilkan oleh Allah swt, dengan demikian makna umat terbaik berlaku bagi sahabat nabi dan semua orang yang mengikuti pemahaman mereka dalam perkara din(agama).



Dalil daripada Sunnah

Rasulullah saw bersabda yang ertinya:
"Sebaik-baik manusia adalah generasiku - iaitu sahabat nabi -, kemudian orang-orang sesudah mereka - iaitu tabi'in -, kemudian orang-orang sesudah mereka - iaitu tabiut tabbi'in -. Sesudah itu akan datang satu kaum yag kesaksian mereka mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului kesaksiannya."

(HR. Bukhari IV/189, Muslim VII/184-185, Ahmad I/424, dan lain-lain)
Penetapan Rasulullulah saw terhadap tiga generasi awal kaum muslimin (generasi as-Salafus Soleh) sebagai sebaik-baik manusia menunjukkan kewajipan mereka kepada orang-orang setelahnya untuk mengikuti mereka dalam perkara din kerana yang dapat dijadikan ikutan hanyalah sebaik-baik manusia.


Wallahu'a'alam.

.: kAsuT :.



“Eh, mana kasut aku ni..! Hmm.. siapalah yang curi...?”.

Ngomel aku di dalam hati setelah selesai menunaikan solat di masjid. Setelah mencari di sudut-sudut lain sekitar masjid aku terjumpa kasut ku.

“Alhamdulillah..” (sambil masih mengomel di dalam hati 'siapalah yang guna kasut aku ni..').

Ada beberapa perkara yang ingin saya lontarkan pandangan dalam realiti kehidupan yang berlaku di atas. Pertama, manusia memang selalu tidak puas hati. Dan yang kedua manusia tidak letakkan kesyukuran itu seratus peratus pada Allah.

Bukankah setiap yang berlaku itu dalam pengetahuan Allah, hatta pergerakan sehelai daun yang jatuh di dalam hutan tropika yang tidak pernah dimasuki manusia pun dalam kawalan dan pengetahuan Allah. Setiap sudut ‘yaw, pitch, roll’ jatuhnya daun itu dalam perancangan Allah. Begitu juga dengan hilangnya kasut kita itu.


“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan.
Segala Yang ghaib, tiada sesiapa Yang mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja;
dan ia mengetahui apa Yang ada di darat dan di laut;
dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya,
dan tidak gugur sebutir bijipun Dalam kegelapan bumi dan tidak gugur Yang basah dan Yang kering, melainkan (Semuanya) ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang terang nyata”
(al-An'am : 59)

Ia adalah ujian, setiap yang berlaku adalah ujian dari Allah. Bagaimana kita berhadapan dengan ujian ini bergantung pada keimanan kita.

Pernahkah kita bersyukur setiap kali kasut kita ada apabila kita selesai solat? Jarang bukan..kita bersyukur apabila hak kita yang hilang dikembalikan semula (itupun dengan ngomelan..). Jika hak kita tidak dikembalikan, bagaimana? Tapi kita lupa untuk bersyukur setiap detik ketika mana Allah menjaga hak kita... “Alhamdulillah kasut aku masih ada..”.

Begitu juga dengan semuanya yang kita ada, kerana ia semua hanyalah pinjaman daripada Allah.


“..Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri..”
 (Luqman: 12)



Bersyukurlah selagi kita berpijak di daerahNya.

~

.: nUkiLaN bUaT sAhaBaT 2 :.



Ya Sodiqi.
sedarlah kita adalah penyambung dakwah Nubuwwat,
generasi yang dilahirkan untuk menegakkan kalimah "Lailahaillallah",
kita adalah umat terpilih untuk memperjuangkan Dinul Islam,
meneruskan perjuangan para sahabat dan Rasul junjungan,
dalam menegakkan agama Allah yang diredhai.

Wahai Rajul penegak Islami.
Hentikanlah kelalaian dalam mengharungi arus duniawi.
selamilah dirimu mencari kekuatan hakiki,
demi Islam yang dicintai.
Harumi jiwamu dengan tarbiah Islami,
agar hatimu sekental Umar Al-Khattab,Hamzah 'Asadullah dan Salahuddin Al-Ayubi,
tidak gentar berjuang di jalan Ilahi.

Duhai akhawat mukminah sejati,
inginku ingatkan kita adalah sayap kiri perjuangan lelaki sejati.
Kelembutan dan keindahan akhlakmu penghias peribadi.
Tuturmu berhikmah penuh teliti,
menjadi dambaan syabab pilihan Ilahi.
Pagari dirimu dengan syariat Islami.
Jadilah mawar berduri yang sukar dipetik lelaki,
agar mereka mengerti dirimu sukar dimiliki,
tanpa iman yang teguh di hati.

Wahai sahabat pendukung agama Allah,
hubungkanlah hatimu dengan ukhuwahfillah,
agar jiwa ini dekat dengan Illahi.
Tabahkan hati menempuh cubaan duniawi,
semoga syurga tempat pertemuan abadi.

.: cEriTeRa sEbUaH kELuhAn :.



Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!

Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)



Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.


Ayat Seribu Dinar


"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)

Tuesday, June 15, 2010

.: sEbuLaN yAnG pAnjAnG :.

15/5 hinggalah semalam,15/6.......
satu perjalanan bulan yang sangat panjang untuk hidupku...
sedikit tertekan,namun aku gagahkan jua....


terasa pengKHIANATan demi pengKHIANATan yang berlaku...
aku sedih,pedih....!!!!!!

tak tau macam mana nak aku ungkapkan lagi...
dikhianati kawan serumah, kawan niaga...
segalanya...
kecewa tak tau camna nak aku luahkan...
hmmmmmmm....
aku perlukan masa untuk semua ni...
ya Allah...


hilang seketika rasanya arah tuju..
buntu...
ya Allah,tunjukkan aku jalan keluar bagi semua ini...



Sunday, June 6, 2010

.: 5 sYarAt :.




"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka kamu boleh melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata:

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA."

Mendengar itu, dia mengerutkan kening seraya berkata:

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya:

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh".

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab:

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

"Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Kesimpulan: JANGAN MELAKUKAN MAKSIAT.



SUMBER: Kitab " Kisah-Kisah Ulama' "

.: nUkiLan bUaT sAhaBaT :.






Tika aku kesepian,
Kau datang membawa kegembiraan,
Tika aku kedukaan,
Kau hadir mengubat jiwa,
Tika aku kegelisahan,
Kau di sisi memberi ketabahan.


Sahabat,
 
Jika aku lupakan Yang Esa,
Ajaklah aku mengingatiNya,
Jika aku gembira tak terkata,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaranNya,
Jika aku bersedih tanpa bicara,
Pintalah aku agar berserah kepadaNya.


Sahabat,
 
Kaulah hadiah Allah untukku,
Apa yang aku harapkan,
Adalah ukhuwah yang berkekalan,
Sehingga ke akhir hayat kita.

Ukhuwah fillah abadan abada.

izzwana

Thursday, June 3, 2010

= CiNtA PerTaMa, HiRisAn PeRtAmA =

PM: "Awak tak penat ke jadi baik? Awak tak penat ke orang hina, permainkan awak, kutuk awak, hancurkan hati awak? Tak pernah sekali ke awak melawan? Awak bertudung labuh, sesetengah orang pandang awak buta fesyen, pandang awak konservatif, apa yang awak buat?" 
SAYAFirst of all, i am not wearing tudung labuh. Saya biasa-biasa sahaja, bukan dari sekolah agama dan bukan juga belajar di universiti Islam, saya juga belajar dan bekerja di bidang kejuruteraan. So untuk menjawab persoalan buta fesyen, pandang saya konservatif adalah tidak relevan bagi saya kerana saya seorang yang "up-to-date". tapi jika bertanya apa pendapat saya mengenai mereka yang bertudung labuh, jawapan saya, saya kagum dengan mereka yang lebih mementingkan pandangan Allah daripada pandangan manusia. sejuk mata menengoknya, kelihatan sopan dan ayu, jauh dalam hati saya pun menanam tekad dan azam untuk di kurniakan kekuatan supaya dapat mencontohinya..insyaAllah, dengan izin Allah saya juga akan bertudung labuh, mudah-mudahan.

Penat menjadi baik?
Tak penat ke orang hina, main-mainkan kita, kutuk kita, hancurkan hati kite?
Tak pernah sekali ke saya melawan?

Siapa kata saya tak penat? Kadang-kadang tu ada juga terasa.Saya juga manusia yang lemah. Mungkin saya tidak pernah di hina, tapi menjadi seorang yang terlalu baik sebenarnya pernah mendedahkan saya kepada situasi akhirnya saya di tindas dan di aniaya. Ya, mereka akhirnya menghancurkan hati saya. Saya juga seorang yang pemaaf dan tak menyimpan dendam, bukan balasan baik yang saya perolehi-sebaliknya mereka menuduh saya hipokrit!

Astaghfirullahalazim..Bukan senang nak jadi baik..Memaafkan pun jadi salah. so apa lagi? Takkanlah orang berbuat jahat kita juga harus berbuat jahat? No, it is not me..I dont care if u wanna hurt me but to revenge is not me. Terserah apa orang nak fikir tentang kita yang pasti kita tahu apa yang kita buat adalah betul dan yang penting, keredhaan Allah itu yang paling utama.

 "Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan." 
 [Al-Imran:120] 

Bila hatimu hancur dan terluka, menangislah, luahkan rasa luka yang terpendam, namun jangan di simpan luka yang pedih itu terlalu lama. kelak ia membusuk dan bernanah, kamu sendiri yang bakal menanggung derita yang tiada berkesudahan. Menangislah dan senyumlah. bangkitlah dari kesedihan dan ubatilah hatimu dengan mengingati Allah. Ingat, dunia ini penjara yang terindah bagi orang-orang yang beriman. Hidup di dunia sekejap sahaja, paling lama 80 tahun, tapi nun kat akhirat sana, kita kekal selamanya...so pilih, nak susah sekejap kat dunia or nak susah selamanya di akhirat? semuanya di tangan kita.

" Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."
 [Al-Baqarah: 212]

Memaafkan Bukan Mudah!

 PM: "Saya tidak boleh maafkan orang.Saya tipu apabila saya cakap saya sudah lupakan bekas tunang saya, hakikatnya, saya masih merindui dia.Saya nak tinggalkan dia, tapi saya tak mampu.Asniza, awak ingat saya nak ke jadi panas baran? Saya tak nak tahu tak.Awak ingat perempuan-perempuan jahat tu nak ke jadi jahat? entah saya tidak tahu, tapi saya tak nak.Saya nak jadi solehah.Asniza, saya berani bersumpah, saya rela tak berkahwin asalkan saya masuk syurga.Tapi syaitan asyik mengganggu saya." 
SAYA: Tiada siapa yang inginkan sesuatu yang tak elok terjadi terhadap dirinya. Manusia yang waras tentunya menginginkan yang baik-baik sahaja.Namun kadang-kadang situasi yang memaksa kita menjadi seorang yang di luar kawalan.Adunan perasaan yang seribu satu serta di dorong angan yang tidak berkesampaian mengubah kita menjadi insan yang sukar di ramal.Hinggakan kadang-kadang kita sendiri benci melihat bayang-bayang sendiri, kerana kita juga tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.Ingin melangkah tapi terasa bagaikan kaki di rantai. Ingin menjadi lebih baik tetapi ada sahaja alasan yang menghalang. Harus bagaimanakah?
 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
 [Al-Baqarah:216 ] 

Maka, pesan saya, maafkanlah.Sesungguhnya maaf adalah penawar yang terindah, dan sebelum kita memaafkan seseorang, kita kena maafkan diri sendiri dulu. Lapangkan dada, tenangkan hati. cuba untuk berpijak di bumi yang nyata. jika kita tidak nampak apa-apa jaminan positif di masa hadapan, maka lepaskan dia pergi. past is past, gone is gone. kita hidup hari ini kerana sejarah semalam. dan untuk hidup esok hari, bergantung kepada apa yang kita lakukan pada hari ini. Optimislah.

Leraikanlah Simpulan Dengan Cermat 


Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena menghadapinya dengan bijak, elakkan daripada melarikan diri dari masalah. Jangan menarik simpulan tali terlalu kuat, kelak simpulan itu akan semakin ketat dan sukar untuk di leraikan. Jangan mengenggam rama-rama terlalu kemas, kelak rama-rama itu terkoyak sayapnya lalu binasa. Belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya tahu ianya sukar, tapi demi kehidupan kita yang lebih baik di masa hadapan, kita tiada pilihan! Time will heal, insyaAllah jika kita mengizinkannya.

Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai.

Itulah kenyataan, lumrah alam. Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Maksud saya, mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi! Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalu nak cepat baik, letak la ubat, dan sebaliknya..begitulah juga kehidupan ini..

Perkahwinan adalah nikmat dan anugerah dari Tuhan. Dengan perkahwinan ini juga,yang haram boleh jadi halal. Perkahwinan juga perlu untuk memanjangkan lagi susur galur keturunan dan zuriat seseorang. Perkahwinan juga adalah sunnah Nabi dan di tuntut dalam agama. Jadi, mengapa mengharamkan yang halal?

Wanita di ciptakan dari tulang rusuk lelaki yang letakknya dekat dengan hati supaya dia di kasihi dan hampir dengan lengan supaya dia di lindungi. Wanita bukan di cipta dari kaki untuk dipijak dan di hina dan wanita juga tidak di cipta dari kepala untuk di sanjung. Jika lelaki dan wanita menyedari hakikat ini, insyaAllah sesebuah institusi kekeluargaan yang terbina akan mampu bertahan lama dan membawa manfaat kepada semua ahlinya.

Kecewa dengan cinta pertama? Jika di lontar batu ke dalam sekumpulan manusia, insyaAllah batu itu akan mengena salah seorang dari mereka yang pernah putus cinta. Dalam sepuluh orang manusia itu, pasti 7 orang darinya ada pengalaman putus cinta.Cinta monyet, cinta tiruan, cinta palsu dan macam-macam cinta. 
Kita belajar dari kesilapan dan pengalaman
. Gagal sekali tak bererti selamanya gagal. Kadang-kadang Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah, supaya suatu hari nanti, bila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita tahu menghargainya..Wallahua'alam. Kita juga selalu dengar, Allah sengaja turunkan hujan yang lebat tapi selepas hujan yang lebat itu, Allah anugerahkan kita dengan pelangi yang indah. Doakan yang baik-baik kerana itu lebih mulia, jangan sekali-sekali mendoakan atau berkata-kata yang buruk kerana al-quran juga tercatat:
 "Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan ishlah di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."  [Al-Baqarah: 224]
Kenapa Bukan Aku? 

PM: "Awak ingat tak seksa ke hidup macam ni? Saya tengok orang jahat bom palestin tapi saya tidak mampu buat apa-apa,saya menangis tahu tak..saya rasa saya yang patut kena bom..kasihan mereka..saya berdoa minta Allah tolong mereka..tapi saya terfikir, kenapa Allah masih belum mahu menghancurkan israel..tentu kaum palestin ada buat dosa..macam saya, kenapa saya masih belum bertemu ketenangan jiwa, adakah kerana saya terus melakukan dosa?" 

SAYA: Syukurlah kerana kita ada perasaan dan kesedaran itu. Mungkin kita pernah melakukan kesilapan di masa yang lalu. Alhamdulillah kerana kita di kurniakan kesempatan dan masa untuk merenungnya semula. nobody perfect. Tiada manusia yang tak pernah melakukan kesalahan. kita bukan maksum. Tapi pintu keampunan sentiasa terbuka untuk kita. Dipanjangkan umur sehari lagi juga satu nikmat daripada Allah, supaya kita hargai dan guna kesempatan yang ada untuk terus bertaubat dan mohon keampunan dariNya.

Tiada bumi yang tak pernah ditimpa hujan, tiada pipi yang tak pernah di basahi dengan air mata. Salah satu cara Allah sayangkan kita adalah dengan memberi dugaan dan ujian kepada kita, kerana Allah tahu, hati yang sedang berduka dan di uji ini selalunya lembut dan mudah untuk mendekatiNya..Allah maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..semakin kita cuba mendekatiNya, semakin Dia dekat dengan kita. biarlah seluruh dunia membenci kita dan menjauhi kita, tapi ingat, Allah sentiasa ada bersama kita. remember that..

Kita di beri dugaan dan ujian setimpal dengan kekuatan kita untuk menghadapinya. Allah hanya memberi dugaan kepada hamba-hambaNya yang mampu. begitu juga saudara kita di Palestin, kerana Allah tahu mereka mampu mengharunginya..ini juga sudah tertulis dalam al-quran..

" Baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan."
[Al-Baqarah: 134 ]
Tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Tiap apa yang Tuhan ciptakan pasti bersebab. Palestin diuji namun seluruh umat Islam malahan satu dunia merasai peritnya, deritanya. Subhanallah..Palestine tidak menangis sendirian, umat Islam seluruh dunia bersatu menghantar doa mengharapkan penderitaan itu segera berakhir..Allah Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. Dia Maha Bijaksana.

Biarkanlah Israel laknatullah bersorak sorai, bergembira meraikan nyawa yang terkorban, di dunia ini mereka mungkin meraikan kemenangan dan ketahuilah, di akhirat sana, nerakalah sebaik-baik tempat untuk mereka yang kejam.

"Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas." 
[Al-Baqarah:212] 

Penutup


Setiap apa yang Tuhan ciptakan biarpun sebesar zarah, pasti ada sebabnya, ada hikmah yang tersembunyi. dan Dia Maha Mengetahui. Dalam setiap kejadian tiada yang sia-sia. Yakinlah dengan kekuasaan Allah, yakinlah bahawa Dia Maha Adil. Jangan sesekali berasa penat berbuat kebaikan jika kita mengharapkan balasan daripadaNya semata-mata.

Sekian dlu celoteh saya untuk kali ini, mana yang salah harap di perbetulkan dan mana yang betul diharapkan semoga sama2 dapat manfaat. insyaAllah..semoga peringatan ini dapat sentiasa menjadi peringatan kepada diri saya sendiri, supaya terus berusaha menjadi manusia yang lebih baik. saya juga manusia yang punyai seribu satu kelemahan dan kekurangan.

.: kEsaBarAn yAnG kiAn hiLanG :.

aku tetekan sangat skrg..
kenapa masih ada orang yang nak sangat KHIANAT n DENGKI dengan kejayaan orang lain...
dah diri sendiri tu malas,bodoh,PENIPU...
tak payah nak belagak bagus la...



ingat makan duit orang tu bagus ke???
mak bapak tak ajar ke???
ke memang keturunan yahudi celaka???

huhhhh...
aku penat lelah cari rezeki untuk aku berikan pada keluarga dan agama aku...
bukan nak bela orang yang tak da tuhan macam hampa!!!!!!
nama macam islam,tapi ISLAM lansung tak da..!!!!!!



aku sanggup begerak kemerata tempat...
korbankan masa rehat dan lapang aku...
demi untuk mencari rezeki Allah...
tapi semudah tu je korang nak ambik...

AMARAN aku wat manusia2 berhati BINATANG...!!!!!


 

AKU MMG JENIS YG RELAX DLU, TAPI JANGAN SAMPAI KESABARAN AKU HABIS..!!!!!
MUNGKIN PARANG YANG PALING SESUAI UNTUK KALIAN TIME TU...!!!!!!!

YAALLAH..
KUATKANLAH IMANKU, TENANGKANLAH HATIKU...
MURAHKANLAH REZEKIKU, PERMUDAHKAN URUSANKU...
BINASAKANLAH MANUSIA YANG MENGKHIANATI MANUSIA LAIN..
KERANA MEREKA DENGAN YAHUDI LAKNNATULLAH, TIADA BEZANYA...!!!
MENGKHIANATI HAMBAMU SEPANJANG MASA...

Tuesday, June 1, 2010

.: kEpenTinGan jEmAaH :.

Seekor tikus mengintip di balik celah di tembok untuk mengamati sang petani dan isterinya, saat membuka sebuah bungkusan. Ada makanan fikirnya? Tapi, dia terkejut sekali, ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus. Lari kembali ke ladang pertanian itu, tikus itu menjerit memberi peringatan; "Awas, ada perangkap tikus di dalam rumah, hati-hati, ada perangkap tikus di dalam rumah!"




Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil mengais-ngais tanah,mengangkat kepalanya dan berkata,
"Ya maafkan aku Pak Tikus. Aku tahu ini memang masalah besar bagi kamu, tapi buat aku secara peribadi tidak ada masalahnya. Jadi jangan buat aku sakit kepalalah mendengarkan pekekkan mu itu."


Tikus berbalik dan pergi menuju sang kambing. Katanya,
"Ada perangkap tikus di dalam rumah, sebuah perangkap tikus di rumah!"


"Wah, aku menyesal dengar perkhabaran ini," si kambing menghibur dengan penuh simpati,
"Tetapi tak ada sesuatu pun yang bisa kulakukan kecuali berdoa. Yakinlah, kamu sentiasa ada dalam doa-doaku!" kata si kambing dengan nada yang sinis.





Tikus kemudian berbelok menuju si lembu. "Oh? sebuah perangkap tikus? Jadi saya dalam bahaya besar ya?" kata lembu itu sambil ketawa, berleleran air liur.
Jadi tikus itu kembalilah ke rumah, dengan kepala tertunduk dan merasa begitu patah hati, kesal dan sedih, terpaksa menghadapi perangkap tikus itu sendirian. Ia merasa sungguh-sungguh sendiri.


Malam tiba, dan terdengar suara bergema di seluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berjaya menangkap mangsa. Isteri petani berlari pergi melihat apa yang terperangkap. Di dalam kegelapan itu dia tak bisa melihat bahawa yang terjebak itu adalah seekor ular berbisa. Ular itu sempat mematuk tangan isteri petani itu. Petani itu bergegas membawanya ke rumah sakit.




Si isteri kembali ke rumah dengan tubuh menggigil, demam. Dan, sudah menjadi kebiasaan, setiap orang sakit demam, ubat pertama adalah memberikan sup ayam segar yang hangat. Petani itu pun mengasah pisaunya, dan pergi ke kandang, mencari ayam untuk bahan supnya.
Tapi, bisa itu sungguh jahat, si isteri masih belum sembuh. Banyak jiran dan tetangganya yang datang mengunjunginya, dan tamu pun tidak putus-putus ke rumahnya.Ia pun harus menyiapkan makanan, dan terpaksa, kambing di kandang dia dijadikan gulai. Tapi, itu tak cukup untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang. Si isteri mati, dan beratus-ratus orang datang untuk mengurus pemakaman, juga selamatan. Tak ada cara lain, lembu di kandang pun dijadikan habuan, untuk ratusan pelawat.


Kawan, apabila kamu dengar ada seseorang yang menghadapi masalah dan kamu fikir itu tidak ada kaitannya dengan kamu, ingatlah bahwa apabila ada "perangkap tikus" di dalam rumah, seluruh "ladang pertanian" ikut menanggung risikonya. Sikap mementingkan diri sendiri lebih banyak keburukan dari baiknya

hALwa tELinGa