Thursday, February 24, 2011

< Wanita Insan Istimewa >

By: Nabilah Abu Bakar

Wanita patut bersyukur dan rasa bertuah kerana mereka diciptakan sebagai wanita. Wanita adalah ibu. Ibu dalam pelbagai bahasa mempunyai pengertian yang sangat besar. Menurut Kamus Dewan, ibu bererti bahagian yang besar (induk, utama, pusat dll) daripada sesuatu (seperti pejabat dll); rumah ibu bermakna bahagian yang besar atau bahagian tengah sesebuah rumah.
Lantaran itu lahirlah pelbagai ungkapan yang menggambarkan betapa istimewanya insan bernama wanita seperti tiang negara, sekolah pertama, ratu hati, racun dan penawar dan lain-lain.
Selain itu terdapat nas-nas al-Quran atau Hadis yang secara jelas menunjukkan betapa syariat Islam begitu mengambil berat tentang wanita. Antaranya, Allah taala memerintahkan para suami agar bergaul dan melayani isteri meraka dengan cara yang baik dalam firman-Nya yang bermaksud,:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
“Dan gaulilah mereka dengan cara yang baik.” Surah an-Nisa’:19
Manakala hadis-hadis yang menunjukkan syariat Islam mengambil berat tentang wanita, antara lain ialah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud,
“Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.”
Ini bererti seseorang manusia walau setinggi mana pangkatnya, tidak akan dapat masuk syurga sekiranya dia tidak merendahkan diri atau menghormati ibunya. Nabi juga meletakkan ukuran baik buruknya seseorang lelaki bergantung kepada sejauh mana dia berbuat baik kepada isterinya. Ini digambarkan dalam hadis yang bermaksud,
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik kepada isterinya.”
Al-Quran mengemukakan dua contoh wanita ternama yang patut menjadi teladan seluruh wanita sepanjang zaman dan menjadi role model bagi ibu bapa dalam membentuk anak-anak perempuan mereka. Mereka itu ialah Asiah permaisuri Firaun dan Maryam bonda kepada Nabi Isa alaihis-salam. Firman Allah bermaksud,
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِلَّذِينَ آمَنُوا امْرَأَةَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِنْ فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ . وَمَرْيَمَ ابْنَتَ عِمْرَانَ الَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا فَنَفَخْنَا فِيهِ مِنْ رُوحِنَا وَصَدَّقَتْ بِكَلِمَاتِ رَبِّهَا وَكُتُبِهِ وَكَانَتْ مِنَ الْقَانِتِينَ                                                                                                                         
Dan Allah menjadikan isteri Firaun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika dia berkata, "Ya Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim, dan Maryam puteri Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebahagian daripada roh (ciptaan) Kami; dan dia membenarkan kalimat-kalimat Tuhannya dan Kitab-kitab-Nya; dan adalah dia termasuk orang-orang yang taat.” Surah at-Tahrim :11-12
Ciri utama yang dibentangkan dalam ayat di atas ialah seorang wanita harus mempunyai wawasan atau matlamat hidup yang jelas dan tinggi. Hal ini digambarkan dalam ungkapan Asiah: "Ya Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga…” Wanita beriman tidak sekadar mengimpikan sebuah banglo mewah di puncak bukit di pinggiran kota atau desa yang bersifat sementara, tetapi sebuah rumah di sisi Tuhan Yang Maha Agung dalam syurga yang abadi.
Kedua, wanita beriman memiliki ilmu dan berani mempertahankan kebenaran dan menentang kezaliman. Asiah, permaisuri kepada seorang maharaja yang perkasa dan kaya-raya, tidak membiarkan dirinya leka diulit kemewahan yang tiada batas sehingga tidak mengenal erti kebenaran dan keadilan. Sebaliknya beliau tidak teragak-agak menyatakan keimanan yang tulus suci kepada Allah s.w.t. dan memohon supaya dirinya tidak terpalit dengan kezaliman yang dilakukan oleh suaminya sendiri.
Ketiga, wanita beriman memiliki keyakinan yang tinggi terhadap Allah s.w.t. serta ayat-ayat-Nya. Allah s.w.t. adalah satu-satunya Pencipta dan Penguasa seluruh alam. Dia Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Adil, Maha Bijaksana. Dia tidak menyuruh kecuali yang baik dan tidak melarang kecuali yang buruk serta tidak bermanfaat kepada hamba-Nya. Keyakinan kepada Allah mendorong kepatuhan yang tidak berbelah bagi kepada seluruh ajaran yang terkandung dalam kitab suci yang diturunkan-Nya. Dan antara wasiat serta amanah paling utama yang dituntut ke atas wanita agar memeliharanya ialah kehormatan diri dan kesucian alat sulit atau kemaluannya. Seorang wanita yang tidak mampu mempertahankan kesucian maruahnya dan tidak peka terhadap harga dirinya adalah pengkhianat kepada satu amanah yang dituntut oleh Pencipta agar dipelihara. Pengkhianatan itu bukan saja akan menjahanamkan diri dan hidupnya, malah mengancam kesejahteraan umat serta generasi akan datang.
Ciri wanita beriman seterusnya ialah zuhud. Zuhud bermaksud tidak terpaut kepada dunia dan segala isinya. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya),
“Sekiranya aku memiliki emas sebesar bukit Uhud, aku bercita-cita supaya ia tidak berada dalam tanganku lebih daripada tiga malam. Aku tidak akan tinggalkan sesuatu pun selain daripada sedikit untuk melunaskan hutang.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w.: “Ya Rasulullah, tunjukkan saya satu amalan yang apabila saya melakukannya saya akan dikasihi Allah dan manusia.”
Baginda menjawab: “Zuhud di dunia, nescaya kamu dikasihi Allah. Zuhud (jangan tamak) apa yang ada pada orang lain, nescaya kamu dikasihi manusia!” (Riwayat Ibn Majah)
Tanpa ciri-ciri di atas, wanita tidak akan selamat daripada terjebak ke dalam pelbagai kancah kehidupan yang berkemungkinan membawa kepada keruntuhan akhlak dan kemusnahan harga diri.

Seindah-indah hiasan dunia adalah wanita yang Solehah..hayatilah..




32 comments:

  1. saya bersyukur diciptakan sebagai seorang wanita...^_^

    ReplyDelete
  2. entri menarik untuk wanita..byak input yg diperolehi :)

    ReplyDelete
  3. tapi skrg, susah nak cari wanita yg betul2 boleh jadi role model kan.huhu.

    ReplyDelete
  4. nice info..
    "wanita hiasan dunia..seindah hiasan adalah wanita solehah" =))

    ReplyDelete
  5. siti atikah shubki..
    input yg mnarik & snang difahami..klau nk tmbh apa2 lg aku cdgkn kdudukan wanita dlm rumahtangga,contohnya prkataan "syurga di bwh tapak kaki ibu" tu mmg mmbwa maksud yg sngt2 penting..tu dh mnunjukkn btapa istimewanya insan yg brnama wanita..=)

    ReplyDelete
  6. istimewanya insan yang bergelar wanita kerana akhlak dan pekerti...pengorbanan dan kasih sayang ...dan... yang pastinya hidup berlandaskan alqur'an serta assunnah

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas ilmu yg disampaikan..sgt bmakna n bmanfaat...mohon dsebarkan

    Ezuan Saad
    UKM

    ReplyDelete
  8. hawa..

    info yg bagus n menarik..oleh itu marilah sma2 kta berusaha utk mnjadi wanita solehah dan ibu yg solehah..amin..

    ReplyDelete
  9. thanks for sharing...
    beruntunglah siapa yg bergelar wanita
    SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH

    ReplyDelete
  10. wanita di akhir zaman ibarat mencari permata di dasar lautan,,kadang-kadang kita sangka ia permata berharga,,tetapi akhirnya ia adalah kaca yang tiada nilainya...wanita adalah hiasan dunia,,,sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah...wanita diciptakan dari tulang rusuk adam..bukan dari atas untuk dijunjung,,bukan dari bawah untuk dialasi..wanita adalah ciptaan yang indah..diciptakan dari tulang rusuk adam..maka kaum adamlah yang akan membentuknya menjadi lurus atau terus bengkok selamanya...untuk meluruskan tulang yang bengkok itu haruslah dengan penuh lemah lembut kerana tulang itu terlalu rapuh..saya sangat berbangga kerana diciptakan sebagai seorang wanita..ayuh kawan-kawan kita bina diri ini supaya menjadi wanita yang solehah,,amin wallahualam =)

    ReplyDelete
  11. nornadhirah
    syukur alhamdulillah kerana aku dilahirkan sebagai seorang wanita islam..

    ReplyDelete
  12. thanks 4 info yg sgt bguna ni...moga kita menjadi wanita yg diberkati Allah...

    ReplyDelete
  13. syazeela
    thanks 4 info yg sgt bguna ni...moga kita menjadi wanita yg diberkati Allah...

    ReplyDelete
  14. best sgt!!! setelah membacanya, terasa sangat susah utk menjadi wanita solehah pada zaman skg ni..apapun 'kudrat' ini akan sentiasa berusaha utk memperolehinya..insyaAllah..amiin...=)

    ReplyDelete
  15. blog ini memng bagus tuk wanita... cuma satu je nk komen... apabila nak tulis hadis kalau bleh letak skli dengan matannya, sapa periwayatnya untuk menghindari daripada kekeliruan dengan hadis dhaif.

    ReplyDelete
  16. Antara kilauan permata dan debu-debu pasir. yang mana satukah kita pilih? Pilihlah permata, kerana ia sangat berharga dan tinggi martabatnya. Wanita seperi permata, diciptakan oleh Allah dengan 1001 kecantikan. Namun, kecantikan itu perlulah disimpan sebaik-baiknya kerana disitulah ukuran martabat seorang insan bergelar wanita...semoga kita juga sebahagian bidadari syurga...

    ~asmahan,UM~

    ReplyDelete
  17. Wow, thanks for a very great sharing thru this article. It's one the great thought for food I have ever had in this great life Allah has given...sejuk hati n feel so special n loved by Him. alhamdulillah =)

    ReplyDelete
  18. Istimewanya insan yang bergelar wanita...semoga menjadi bidadari didunia dan akhirat..:)

    ReplyDelete
  19. Perkongsian yg bermanfaat.. satu perkara yg perlu kita ingat juga, bahawasanya wanita itu adlah fitnah(ujian) bg kaum lelaki.. Sabda Nabi SAW,
    عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَاعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ

    Daripada Usamah b.Zaid daripada Nabi bersabda:
    Aku tidak meninggalkan fitnah sepeninggalanku yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.

    Hal ini jika kita teliti berapa ramai lelaki yang gagah perkasa tapi apabila datang wanita memujuk dan merayunya maka sang lelaki akan mudah tewas dengan pujuk-rayu sang wanita.Maka jika seorang mukmin tidak dapat menghadapi fitnah ini dengan penuh hikmah dan bijaksana maka dia pasti akan terperangkap dalam perangkap kemaksiatan seperti perzinaan dan sebagainya.

    Jadi, kita seharusnya sentiasa menjaga batas-batas yg telah digariskan oleh Allah dan petunjuk Nabi SAW.. dan sentiasa perbanyakkan Amal Soleh...

    Mudah-mudahan kita menjadi wanita beriman seperti yang diceritakan dlm artikel nih.. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  20. salam..penulisan dgn isi yg padat...teruskan usaha dlm penulisan ilmiah

    ReplyDelete
  21. kita sbg wanita seringkali lupa akn btasan dan tanggunjwb yg digalas...artikel yg menginsafkn sy sbg seorang srikandi muslim...takbir

    ReplyDelete
  22. salam..terasa istimewa bergelar wanita..hebat seorang hamba Allah yg diberikn gelaran wanita..diangkat martabat dan dimuliakan oleh Allah

    ReplyDelete
  23. salam..maklumat yg padat beserta dalil yg dapat dijadikan panduan

    ReplyDelete
  24. salam..teruskan penulisan ilmiah ini dgn isu2 wanita...wanita skrg perlu dberikn ksedaran agar tidak mudh terlalai..

    ReplyDelete
  25. thanks d atas prkongsian...
    manisnya mnjadi seorg hawa...
    biarlah tgan yg mggoncang buaian ini bisa mggoncang dnia dlm mncpai kredhaan Ilahi...
    andai engkau seorang rmja, jdilah ank solehah bt ke2 ibubapamu...
    andai engkau sudah brsuami, jdilah istri solehah yg taat n meringankn beban suamimu...
    andai engkau sorg ibu, didiklah mreka yg akn mmprjuangkn ad-Din Allah s.w.t....

    ReplyDelete
  26. مبروك-- هذه المعلومات مهمة جدا
    anda seharusnya meneruskan penulisan sprt ini di dlm majalah2 berkaitan remaja.
    I'Allah jln dakwahnya lebih terbuka luas krn lebih dekat dgn remaja khususnya remaja perempuan yg byk kita lihat semakin terpesong cara hidupnya..
    tahniah3...

    ReplyDelete
  27. elok kiranya ayat al-Quran diperbesar tulisannya serta hadis yang ditulis dinyatakan sekali matannya utk elak dr kkliruan..
    Mungkin boleh luaskan lagi skop perbincangan krn umum mengetahui wanita memiliki plbagai keistimewaan yg dikurniakan Allah.Misalnya istimewanya wanita dlm plbagai urusan antaranya dlm muamalah,sosial,politik,alam rumah tangga dll..Boleh jgk sertakan keistimewaan Allh berikan kpd wanita yang tdk dpt dimiliki oleh kaum adam..
    Whatever,,nice this articel & give more input for add our knowledge..Semoga kita jua mnjadi insan istimewa di sisi Allah..amiiin,,Itulah pencarian hidup yang hakiki..:-))

    ReplyDelete
  28. alhamdulillah..brbgga mnjadi kaum wanita...thankz 4 sharing!!!!well done...ilmiah yg sgt mendalam isi kndungnnya

    ReplyDelete
  29. maklumat yg padat....
    :wanita hiasan dunia....
    :seindah hiasan adalah wanita solehah...

    ReplyDelete
  30. Info yang sgt bagus..Mudah-mudahan kita menjadi wanita beriman dan dirahmati Allah seperti yang diceritakan dlm artikel kat atas.. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  31. Seindah hiasan adalah wanita solehah..
    cantik budi, indah pekerti..
    wanita juga andai xpelihara, boleh menggugat benteng iman lelaki, jadi berhatilah..
    Selamat menjadi muslimah yg berbakti kepada agama dan masyarakat.. (^_^)

    ReplyDelete
  32. input yg menarik buat peringatan kpd wanita..hope pd masa akn dtg,ada lagi tlisan2 yg besh2 untuk dikongsi bersama...

    ReplyDelete

hALwa tELinGa