Tuesday, May 3, 2011

.: pOsiTif eNvirOnmEnt :.

persekitaran yang positif seringkali di pandang enteng oleh majoriti ummat manusia...
terkadang aku terfikir, mengapakah manusia selalu merungut dan berkeluh kesah dengan apa yang berlaku kepada mereka..

lupakah kita bahawa setiap kata - kata yang keluar daripada mulut ini, merupakan DOA..
andai kita saban hari mengungkapkan kata - kata yang negatif, tidakkah kita terfikir, KALAM itu jua adalah DOA??
doa + negatif = hasil negatif ^_^ v

tidak salah kiranya kita berusaha untuk menuturkan kata - kata yang positif, walau tidak dinafikan
memang pahit untuk menelan derita yang mendatang..
namun andai kita tersenyum dan mengatakan YA kepada kebaikan, tidak mustahil kebaikan itu akan datang menelusuri kata puitis tersebut..
 
kepentingan kata - kata dan persekitaran yang positif tidak dapat dinafikan..
kajian daripada seorang Dr Masaru Emoto dari Jepun menunjukkan, kata - kata yang negatif akan menjadikan molekul air rosak dan tidak sekata...

persoalannya, sedarkah kita bahawa 60% daripada badan kita juga adalah daripada cecair : darah + air...
jika bibir ini zikirnya yang buruk dan negatif belaka..
apakah yang akan terjadi kepada tuan tubuh si pelafaz kata - kata tersebut??? =)

alangkah baiknya kita mulai daripada hari ini sama - sama membiasakan diri kita dengan doa dan lafaz yang mulia dan positif, supaya kita kelak turut menjadi insan yang positif dan berjaya...
apapun, segalanya bermula dari minda dan pemikiran yang positif..


untuk sahabat dan para pembaca blog yang di sayangi, tidak salah untuk kita sesekali menangisi akan sesuatu...
naluri manusia memang begitu, maka penuhilah tuntutan naluri ini =)
akan tetapi, lebih indah untuk kita sama - sama berubah kepada yang lebih positif dan InsyaAllah
suatu masa kelak, kita akan menjadi insan yang hebat dan berjaya, dan bersama mengecapi hidup yang bahagia, dibawah rahmat dan kehidupan yang Esa


Back to Allah, and your life will be fun and easy..
Wallah hu a'lam
 

No comments:

Post a Comment

hALwa tELinGa