Saturday, May 16, 2009

SLMT ARIE GURU...!!!

Jumaat, 2009 Mei 15


TERIMA KASIH CIKGU...!!!!

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



Guru O Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

SELAMAT HARI GURU diucapkan kepada warga pendidik diseluruh malaysia AMNYA dan di MAKTAB MAHMUD DAN SMAP LABU KHASNYA...


Terima Kasih tak terhingga diucapkan atas jasa dan pengorbanan kalian dalam mendidik diri ini,mengenal ilmu duniawi dan ukhrawi...


doa dari anak muridmu ini,agar warga pendidik ini terus menabur jasa menyemai bakti,demi melahirkan anak bangsa yang CELIK ILMU dan memahami segenap perkara.


GURUKU,JASAMU KUKENANG SEPANJANG HIDUPKU....


TERIMA KASIH CIKGU..


UCAPAN KHAS BUAT : PENGETUA,GURU PENOLONG KANAN,KETUA - KETUA BIDANG, (GURU - GURU TINGKATAN 6) USTAZ NASARUDDIN,USTAZ ZAWAWI,USTAZ HUSNIN,USTAZAH NURI,USTAZ SUHAIMI,USTAZAH CHE RAZIMAH,USTAZ ZAKARIA,USTAZAH ENKRESNAWATI,USTAZAH JAMALIAH,USTAZAH ZAIMAH,USTAZAH MARYAM KARIMAH,USTAZ AMIRRAHMAN,CIKGU MISNAH,CIKGU HUSSAIN,CIKGU ARSAD,CIKGU RASIDAH,CIKGU FAIZAH,CIKGU JOHARI(AKULAJOHANA)TEACHER SHAHRIZAN,TEACHER KHAIRUL AINI,TEACHER JAYALAKSHMI,TEACHER MARINA,TEACHER WAN NOOR HANA,CIKGU SAMAT,CIKGU ROSMAN DAN SELURUH WARGA PENDIDIK YANG TELAH MENGAJAR DAN MEMBENTUK DIRI INI........


SHUKRAN JAZILAN...TERIMA KASIH CIKGU....!!!!!!!!!


ANAK MURID MU : IZZAT FATHI BIN HISHAM


MOHD NORAKMAL,FAKHRUL ISLAM,MOHD YAZID,MOHD SHAMSUL,
MOHD HAIKAL,MOHD FAIZ




NURUL WAZNAH BINTI AHMAD

ATIKA,NASUHA,MUSLIMAH,NORMA,MUNIRAH,AQILAH,
HANAN,SABRINA,NADHIRAH YUSOF,HAMIZAH,SAODAH,AFIFAH,
NADHIRAH GHANI,HAWA,RAMIZAH,FARHAH,AZIMAH,HUDHA,SHIDA
ROZI,AIDA,AIN,AMIRAH,ALIFAH,AZLIN,KHAMISAH




salam sahabat : izz _ wan

3 comments:

  1. huhu..smpt lg x ey nk wish samat ari guru jgk tok kwn2 yg b'ksmptn jd cikgu...;)

    ReplyDelete
  2. iera,kitaowg ckg celup je...hehehehe

    ReplyDelete
  3. ckgu jgk kn?iera siap smpt smbt ari guru...heeee....

    ReplyDelete

hALwa tELinGa