Tuesday, April 26, 2011

~ 8 Aspek Kebahagian Hidup ~



alt

Semenjak 11 tahun yang lalu, misi hidup saya adalah untuk menjadi the best I can be and live life to the fullest. Pertama kali saya menulis misi tersebut, saya sendiri tidak jelas bagaimana caranya untuk jadithe best mahupun untuk live life to the fullest.
Namun, benarlah seperti yang dikatakan oleh Jack Canfield dalam bukunya iaitu, "If A is where you are now and B, is where you want to go, then it is just a straight line. Don't ask how to get there because the how will come when you know where you want to be". Malah, beberapa buku seperti The Secret, Millionaire Mindset, Awaken the Giant Within dan banyak lagi turut menekan betapa penting mempunyai misi dan visi dalam hidup.
Alhamdullilah, dalam tempoh 11 tahun ini, daripada pembacaan dan berkawan dengan individu-individu hebat, saya dapati, bagi menjadi diri yang terbaik, saya perlu seimbang dalam 8 aspek penting dalam hidup. Aspek ini merangkumi emosi, fizikal,spiritual, intelektual, kewangan, keluarga, karier dan komuniti. Berikut dijelaskan setiap aspek (tanpa keutamaan). Ingin dimaklumkan penjelasan ini hanya berdasarkan pembacaan dan ilmu yang dikutip dari beberapa individu hebat yang saya temui. Saya akur, penjelasan ini ada kekurangannya.
Emosi
Selama ini, saya sering meletakkan diri terutama emosi  di tempat kedua. Saya beranggapan adalah selfish jika saya mendahului emosi sendiri berbanding orang lain. Namun, semakin dewasa, saya dapati, emosi diri sama penting untuk dijaga. Ia memberi impak pada penyerapan ilmu, ketahanan fizikal dan elemen-elemen lain dalam hidup. Pada masa yang sama, ilmu yang diserap mampu memantap dan mematangkan emosi semakin usia meningkat.
Fizikal
Ramai yang mengukur kebahagiaan dari simbol-simbol seperti aset yang dimiliki dan pada 'besar gelaknya' seseorang. Namun, betapa malangnya pada mereka yang mempunyai aset yang banyak dan 'gelak yang besar' tetapi kesihatan tidak pernah dijaga. Pemakanan, senaman dan pemantauan kesihatan amat penting untuk menikmati hidup yang cemerlang.
Spiritual
Tiga minggu lepas di satu kursus, kami ditanya perbezaan antara believe dan faith. Saya termanggu seketika untuk mencari perbezaan. Menurut penceramah itu, believe adalah apabila seseorang itu ditunjukkan bukti, barulah dia akan percaya manakala faith adalah tahap kepercayaan walaupun tanpa bukti, mereka percaya ia wujud atau sesuatu itu akan berlaku. Menyerap kata-kata itu, keyakinan kita pada janji Tuhan mengenai orang-orang yang sabar dan orang-orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan adalah kunci untuk ketenangan hidup di dunia dan keabadian hidup di akhirat.
Intelektual
Intelektual bukan bermakna seseorang itu harus mempunyai sijil menggunung atau bercakap menggunakan bahasa tinggi. Meningkatkan kemahiran, membaca buku, berbual bicara dengan individu hebat dan belajar dari pengalaman diri sendiri adalah antara cara untuk meningkatkan intelektual.
Kewangan
Jika ada yang berkata, "aku tidak mahu kaya, aku mahu hidup sederhana", dia hanya membohongi dirinya. Hakikatnya, hidup di dunia memerlukan wang. Malah, sebagai seorang muslim, kita seharusnya berusaha untuk menjadi kaya untuk membantu lebih ramai rakan muslim di mana jua mereka beada. Justeru, mulalah melabur. Lagi muda lagi bagus.
Keluarga
Keseimbangan hidup juga harus meliputi keluarga. Mereka adalah kelompok terdekat yang perlu disayangi dan menyayangi kita.
Karier
Kita juga harus memberi yang terbaik pada karier. Sebaik-baiknya, tugas yang dilaksanakan itu bukan berpaksi pada imbuhan semata-mata. Memang betul kita bekerja untuk mendapatkan duit, namun jangan jadikan duit sebagai satu-satunya tujuan kita bekerja. Kita mahu lakukan tugas itu dengan amanah dan sehabis baik. Barulah berkat duit yang kita dapat.
Komuniti
Hubungan baik dengan Allah harus seiring dengan hubungan baik sesama manusia. Ramai antara kita yang 'amat sibuk' bekerja sehingga terlupa bahawa kita hidup dalam komuniti masyarakat. Mereka adalah jiran, rakan sekerja, orang yang kita temui semasa menunggu bas, pembekal, rakan-rakan dalam facebook/twitter dan sebagainya.
Sekali pandang seperti "banyaknyaaa..." untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup. Namun, apabila saya temui individu-individu hebat, kebanyakkan mereka memiliki kelapan-lapan aspek ini dalam hidup mereka. Justeru, jika saya ingin mencapai misi becoming the best I can be and live life to the fullest, saya juga perlu seimbang dalam kelapan-lapan aspek ini.
Saya menyeru rakan-rakan sekalian untuk sama-sama be best and live life to the fullest. Berubah menjadi diri kita yang terbaik dan menikmati hidup yang cemerlang, tiada ruginya. Malah, lebih manis dan berkat hidup apabila kita mempunyai kelapan-lapan aspek ini dalam hidup. Yuk! Kita mulakan hari ini :)

Monday, April 25, 2011

.: ujiAn dAri Allah :.

terkadang aku termenung, apabila sesuatu masalah menimpa, seperti tidak terdaya untuk aku menghadapinya...
terasa terlalu penat dan letih apabila masalah mula menjengah..
Ya Rahman, aku tidak terdaya mengawal semua ini...
aku sedar akan janji Mu, masih jelas di fikiranku potongan daripada firman Mu dalam surah Al Baqarah, ayat 286, peringatan tentang ujian dan kemampuanku hamba - hambamu untuk mengatasi segala ujian yang mendatang, namun terkadang, aku seperti tewas sebelum berjuang..

2:286

Ya Allah, aku redho dengan takdir yang telah Engkau tetapkan...
namun aku bermohon, agar diberikan sedikit ruang kepadaku untuk "bernafas"
Tak terdaya rasanya untuk melawan, dengan kudrat yang tak terdaya menanggung derita ini...
aku redho Ya Allah, aku redho...

telah 22 tahun aku menanggung kehidupan yang menyakitkan ini..
berikanlah aku ruang yang lebih "luas" untuk secebis " nafas" yang tertangguh,22 tahun lamanya...
Ya Razzaq, hanya padamu kini aku mampu berserah dan memohon..
segalanya telah aku lakukan apa yang terdaya..
telah aku kerahkan kudrat dan keringat..
kini, aku tewas dalam gelanggang ini, tanpa mampu lagi menongkah badai beban ini
tanpa Rahman dan Rahim Mu Ya Rabbul 'Izzati..


Ya Malikal Mulk, berikanlah kekuatan kepadaku untuk mnenghadapi semua ini..
rintihan dan doa dari hamba Mu yang hina..


ameen =_(

Thursday, April 21, 2011

.: pErjALaNan mEncAri rEdhO iLahi :.

5 jam perjalanan, akhirnya sampai ke negeri jelapang padi, negeri yang menjadi tapak mula aku "membentuk" diri ini, disuatu sudut di penjuru kota..


kenangan lalu sedikit mencuit perasaan tatkala melihat sign board " EXIT Kuala Kedah, Langkawi 500 meter "..kenangan di Maahad Mahmud mula menjelma..disinilah tempat aku mula belajar akan erti hidup yang sebenar, dalam perjalanan mengenal Allah s.w.t dan menuju keredhoannya..


moga perjalanan ku kali ini ke bumi barakah di bawah pemerintahan pimpinan Islam kini, di iringi redho dan rahmat dari Ilahi..Ya Allah, Ya Aziz, Ya Razzaq, berkatilah perjalanan dan usahaku di bumi ini...semoga segala urusan dipermudahkan - Nya..

Perjuangan yang BELUM selesai ^_~

Wednesday, April 20, 2011

.: PerjALanAn sEbUah tArbiAh isLaHiyYah :.

.: MENGENALI SANG PENCIPTA :.


Saban hari kita mendengar baik di corong radio, di kaca televisyen dan secara lansung, para pendakwah buat kesekian kalinya menyeru ummat manusia agar mengenali Allah s.w.t dengan cara yang pelbagai, termasuklah mengetahui dan beriman kepada sifat Allah yang 20, 99 nama – nama Allah dan sebagainya. Tidak kurang juga ungkapan dari golongan ‘alim dan sufasthoiyyun :

“ Barangsiapa yang mengenali dirinya, maka dia akan mengenali 
Allah s.w.t “

Tidak dapat dinafikan, untuk mengenali Allah s.w.t sehingga sampai ketahap Rasulullah dan golongan sahabat adalah suatu perkara yang terlalu jauh untuk dicapai, namun sekurang – kurangnya perlulah wujud usaha yang serius dan istiqamah untuk mendalami ilmu berkaitan ketuhanan, disamping amalan – amalan seharian yang mampu menggapai HUBBULLAH, iaitu cinta Allah s.w.t.

Mendalami dan memahami sifat Allah yang 20, contohnya WUJUD, yang membawa maksud ADA. Andai di definisikan secara luaran dan kulit sahaja, ada atau wujudnya Allah s.w.t maka ada itu di tafsirkan sebagai penguasa dan pemilik kepada langit dan bumi serta sekalian isinya yang wujud. Akan tetapi, persoalan demi persoalan mula timbul.
Jika benar setiap manusia meyakini akan kewujudan Allah Azza Wajalla, mengapa hampir setiap hari masih kedengaran gejala maksiat tetap bermaharajalela, anak tidak berdosa di buang di merata – rata, apa yang paling menyedihkan, hampir kesemua pelaku kepada setiap masalah tersebut adalah individu yang mengaku diri mereka sebagai ISLAM. Pastinya mereka juga mengakui kewujudan Allah, akan tetapi, sejauh manakah WUJUD nya Allah s.w.t secara hakikinya di dalam diri mereka?

Maka seharusnya sebagai seorang hamba yang mengimani akan WUJUD nya Allah s.w.t, adalah wajib untuk kita meyakini bahawa kewujudan Allah itu ada dimana – mana, tidak kira dalam apa jua tindakan dan perjalanan kehidupan kita sehari – harian, Allah s.w.t adalah tunjang kepada perlaksanaan kesemua jadual hidup tersebut.

Tidak dapat disangkal, untuk menggenggam tahap keyakinan sehingga timbulnya YAKIN bahawa Allah ada dimana – mana, memerhatikan setiap perilaku dan tindakan kita, mengawasi setiap amalan dan perbuatan serta mengadali dan menghakimi setiap langkahan kita tidaklah semudah seperti yang disangka, kerana kita tidak mampu untuk melihatnya pada masa kini, dan hanya medan penghakiman di mahsyar Allah nanti yang mampu menjadi saksi akan semua ini, maka langkah untuk menanamkan keyakinan ini mestilah dilaksanakan dengan istiqamah dan konsisten.


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian siang dan malam terdapat (tanda-tanda kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memiliki akal.” (QS. Ali Imran: 190)

Firman Allah s.w.t dalam surah ‘Ali Imran, ayat ke 191 telah menyatakan, bahawa manusia di perintahkan untuk memerhatikan alam sekeliling mereka, baik dari penciptaan langit, bumi, siang, mahupun malam bertujuan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Azza Wajalla kerana di dalam setiap kejadian dan penciptaan tersebut, terdapatnya tanda – tanda kewujudan dan kebesaran Allah s.w.t. Setiap sesuatu yang ada diatas muka bumi Allah s.w.t ini sudah semestinya mengandungi maksud dan pengajaran yang bermanfaat buat umat manusia.

Selebihnya, terpulang kepada manusia untuk menilai dan memerhati, atas apa yang telah di pertontonkan di atas muka bumi ini, baik dari penciptaan langit tanpa tiangnya, putaran siang dan malamnya, dan tanda – tanda kebesaran Allah yang lainnya. Andai manusia menggunakan akal dengan cara yang betul, bersandarkan keimanan yang teguh serta akidah tauhid kepada Allah s.w.t, maka secara sedikit demi sedikit, setiap HAMBA Allah di atas muka bumi ini akan dapat mengenali Tuhannya dan mampu untuk menggapai mardhotillah kelak.

Thursday, February 24, 2011

< Wanita Insan Istimewa >

By: Nabilah Abu Bakar

Wanita patut bersyukur dan rasa bertuah kerana mereka diciptakan sebagai wanita. Wanita adalah ibu. Ibu dalam pelbagai bahasa mempunyai pengertian yang sangat besar. Menurut Kamus Dewan, ibu bererti bahagian yang besar (induk, utama, pusat dll) daripada sesuatu (seperti pejabat dll); rumah ibu bermakna bahagian yang besar atau bahagian tengah sesebuah rumah.
Lantaran itu lahirlah pelbagai ungkapan yang menggambarkan betapa istimewanya insan bernama wanita seperti tiang negara, sekolah pertama, ratu hati, racun dan penawar dan lain-lain.
Selain itu terdapat nas-nas al-Quran atau Hadis yang secara jelas menunjukkan betapa syariat Islam begitu mengambil berat tentang wanita. Antaranya, Allah taala memerintahkan para suami agar bergaul dan melayani isteri meraka dengan cara yang baik dalam firman-Nya yang bermaksud,:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
“Dan gaulilah mereka dengan cara yang baik.” Surah an-Nisa’:19
Manakala hadis-hadis yang menunjukkan syariat Islam mengambil berat tentang wanita, antara lain ialah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud,
“Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.”
Ini bererti seseorang manusia walau setinggi mana pangkatnya, tidak akan dapat masuk syurga sekiranya dia tidak merendahkan diri atau menghormati ibunya. Nabi juga meletakkan ukuran baik buruknya seseorang lelaki bergantung kepada sejauh mana dia berbuat baik kepada isterinya. Ini digambarkan dalam hadis yang bermaksud,
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik kepada isterinya.”
Al-Quran mengemukakan dua contoh wanita ternama yang patut menjadi teladan seluruh wanita sepanjang zaman dan menjadi role model bagi ibu bapa dalam membentuk anak-anak perempuan mereka. Mereka itu ialah Asiah permaisuri Firaun dan Maryam bonda kepada Nabi Isa alaihis-salam. Firman Allah bermaksud,
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِلَّذِينَ آمَنُوا امْرَأَةَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِنْ فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ . وَمَرْيَمَ ابْنَتَ عِمْرَانَ الَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا فَنَفَخْنَا فِيهِ مِنْ رُوحِنَا وَصَدَّقَتْ بِكَلِمَاتِ رَبِّهَا وَكُتُبِهِ وَكَانَتْ مِنَ الْقَانِتِينَ                                                                                                                         
Dan Allah menjadikan isteri Firaun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika dia berkata, "Ya Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim, dan Maryam puteri Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebahagian daripada roh (ciptaan) Kami; dan dia membenarkan kalimat-kalimat Tuhannya dan Kitab-kitab-Nya; dan adalah dia termasuk orang-orang yang taat.” Surah at-Tahrim :11-12
Ciri utama yang dibentangkan dalam ayat di atas ialah seorang wanita harus mempunyai wawasan atau matlamat hidup yang jelas dan tinggi. Hal ini digambarkan dalam ungkapan Asiah: "Ya Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga…” Wanita beriman tidak sekadar mengimpikan sebuah banglo mewah di puncak bukit di pinggiran kota atau desa yang bersifat sementara, tetapi sebuah rumah di sisi Tuhan Yang Maha Agung dalam syurga yang abadi.
Kedua, wanita beriman memiliki ilmu dan berani mempertahankan kebenaran dan menentang kezaliman. Asiah, permaisuri kepada seorang maharaja yang perkasa dan kaya-raya, tidak membiarkan dirinya leka diulit kemewahan yang tiada batas sehingga tidak mengenal erti kebenaran dan keadilan. Sebaliknya beliau tidak teragak-agak menyatakan keimanan yang tulus suci kepada Allah s.w.t. dan memohon supaya dirinya tidak terpalit dengan kezaliman yang dilakukan oleh suaminya sendiri.
Ketiga, wanita beriman memiliki keyakinan yang tinggi terhadap Allah s.w.t. serta ayat-ayat-Nya. Allah s.w.t. adalah satu-satunya Pencipta dan Penguasa seluruh alam. Dia Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Adil, Maha Bijaksana. Dia tidak menyuruh kecuali yang baik dan tidak melarang kecuali yang buruk serta tidak bermanfaat kepada hamba-Nya. Keyakinan kepada Allah mendorong kepatuhan yang tidak berbelah bagi kepada seluruh ajaran yang terkandung dalam kitab suci yang diturunkan-Nya. Dan antara wasiat serta amanah paling utama yang dituntut ke atas wanita agar memeliharanya ialah kehormatan diri dan kesucian alat sulit atau kemaluannya. Seorang wanita yang tidak mampu mempertahankan kesucian maruahnya dan tidak peka terhadap harga dirinya adalah pengkhianat kepada satu amanah yang dituntut oleh Pencipta agar dipelihara. Pengkhianatan itu bukan saja akan menjahanamkan diri dan hidupnya, malah mengancam kesejahteraan umat serta generasi akan datang.
Ciri wanita beriman seterusnya ialah zuhud. Zuhud bermaksud tidak terpaut kepada dunia dan segala isinya. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya),
“Sekiranya aku memiliki emas sebesar bukit Uhud, aku bercita-cita supaya ia tidak berada dalam tanganku lebih daripada tiga malam. Aku tidak akan tinggalkan sesuatu pun selain daripada sedikit untuk melunaskan hutang.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w.: “Ya Rasulullah, tunjukkan saya satu amalan yang apabila saya melakukannya saya akan dikasihi Allah dan manusia.”
Baginda menjawab: “Zuhud di dunia, nescaya kamu dikasihi Allah. Zuhud (jangan tamak) apa yang ada pada orang lain, nescaya kamu dikasihi manusia!” (Riwayat Ibn Majah)
Tanpa ciri-ciri di atas, wanita tidak akan selamat daripada terjebak ke dalam pelbagai kancah kehidupan yang berkemungkinan membawa kepada keruntuhan akhlak dan kemusnahan harga diri.

Seindah-indah hiasan dunia adalah wanita yang Solehah..hayatilah..




< FiTnAh WaNiTa >

      Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati.Fitnah ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu sebelum lelaki dan wanita ini berkahwin dan ketika atau selepas lelaki dan wanita ini bernikah. Sebelum bernikah, Islam menentukan adanya mahram dan yang bukan mahram.

Antara lain, ialah untuk memudahkan manusia mengetahui orang yang dibolehkan mereka berhubung atau bergaul secara bebas dan yang tidak boleh berbuat demikian. Perlanggaran pada ketentuan ini akan mengakibatkan perkara mungkar yang berlaku.Kebiasaannya manusia melakukan sesuatu yang tidak baik secara berperingkat-peringkat sesuai dengan bentuk kemungkaran itu. Bermula dari dosa kecil seperti melihat, bercakap-cakap (berdua-duaan), berpegangan dan bersentuhan kulit dan akhirnya melakukan dosa besar. Orang yang berzina sebenarnya tidak ada harganya di sisi Allah, kecualilah dia bertaubat.

Mengatasi masalah zina tidak dapat diatasi hanya dengan menyediakan rumah-rumah kebajikan bagi mereka yang telah terlanjur. Apa yang utama ialah memberi kefahaman kepada mereka tentang panduan agama dalam masalah ini dan dalam masalah kehidupan yang lain. Islam dalam masalah ini, memperuntukkan hukuman yang berat kepada penzina, kerana mereka telah bersungguh-sungguh untuk memulakannya.Setelah berkahwin pula, seorang suami kadangkala tidak berupaya memimpin dengan baik dan sempurna. Ketenangan yang sepatut dikecapi semasa bernikah, hanya menjadi impian kosong. Bernikah dengan wanita pilihan hati rupanya tidak seindah namanya. Sebabnya ialah proses dan matlamat perkahwinan tidak menjejaki apa yang telah digariskan oleh Allah.

Kecantikan yang menjadi dasar pilihan itu rupanya bagaikan memetik mawar yang berduri yang tidak ada wanginya yang harum. Firman Allah S.W.T :
يآيها الذين ءامنوا إن من أزوجكم وأولدكم عدوا لكم فاحذروهم وإن تعفوا وتصفحوا وتغفروا فإن الله غفور رحيم
"Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ."(At-Taghaabun : 14)

Keadaan ini sebenar bukan suatu yang merendah-rendahkan wanita. Andaikata mereka mendapat pendidikan yang baik serta memahami tuntutan agama dalam perkara-perkara yang dihadapi, mereka justeru menjadi pendorong yang digigih. Sesuai dengan kejadian mereka seumpama daripada tulang rusuk yang bengkuk, kepemimpinan yang baik daripada pihak lelaki akan mampu membawa mereka ke jalan yang lurus.Jika demikian gambaran keadaan fitnah yang dihadapi melalui wanita, tentu lebih hebat keadaannya bilamana wanita itu aktif dalam perkara-perkara sumbang. Kalau dalam masjid dan dalam rumah tangga keadaan boleh menjadi tidak tenteram kerana kurang fahamnya wanita terhadap sesuatu, tentulah lebih mencabar jikalau keadan ini digiatkan bila berada di luar masjid dan rumahtangga.Rasulullah saw pernah memberi pesanan kepada para sahabat baginda yang selalu duduk-duduk ditepi jalan agar menjaga hak-hak jalan, iaitu menjaga pandangan, tidak mengganggu orang yang lalu, menjawab salam serta melakukan pencegahan maksiat. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said al-Khudry).

Ini bermakna, setiap anggota masyarakat akan menerima akibatnya apabila suasana maksiat disuburkan khususnya melalui wanita-wanita jahat. Hal ini tercatit dalam sejarah Islam, bahawa ayat 1-2 Surah at-Tahrim turun disebabkan angkara isteri-isteri baginda. Ketika baginda habis meminum madu di rumah isteri baginda Saudah, dia berkata bahawa ada bau yang busuk. Begitu juga ketika baginda selesai meminum madu di rumah Aisyah, dia diberitahu bahawa ada bau yang busuk. Lalu Rasulullah saw kerana untuk menjaga hati isterinya telah berjanji untuk tidak meminum madu lagi.

Lalu Allah menurunkan firman Nya :
يأيها النبى لم تحرم ما أحل الله لك تبتغى مرضات أزوجك والله غفور رحيم
"Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu, kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri kamu?" (at-Tahrim : 1) Perlu ditegaskan bahawa fitnah wanita tidak selalunya datang dari arah wanita itu sendiri. Bahkan selalunya godaan nafsu dalamlah yang menjadi pendorong bagi lelaki untuk mendekati wanita dan melakukan maksiat. Oleh kerana itu, wanita atau isteri bukanlah musuh yang sebenarnya yang perlu dijauhi. Perlakuan yang berlaku adalah antara dua jenis ini adalah gambaran umum tentang bentuk perhubungan yang diwujudkan.

Ini lah yang di katakan FITNAH WANITA adalah fitnah terbesar kerana  wanita ini istimewa dan mulia di dalam Islam kerana Islam sangat-sangat mengangkat martabat wanita berbanding pada Zaman Jahiliyah, wanita tidak lain hanya sekadar tempat melepaskan nafsu dan langsung tiada tempat dalam masyarakat. Datangnya Islam menyelamatkan maruah sekaligus mengangkat martabat wanita. Justeru, bersyukurlah kita dijadikan sebagai wanita..Nabi pernah bersabda bahawa antara fitnah yang paling ditakuti pada akhir zaman ini ialah fitnah wanita..Ini peringatan Nabi SAW yang menunjukkan betapa bahayanya juga wanita.Fitnah wanita dikatakan kerana wanita mampu melalaikan apabila tidak menjaga syariat islam. Contohnya, wanita yang berpakaian tidak menutup aurat, menggoda lelaki kepada zina dan banyak lagi. Wanita menjadi fitnah jika wanita tidak menjaga maruah dan agama.Dalam peristiwa isra' dan mikraj juga nabi ada menceritakan pengalaman baginda melihat neraka yang ramai penghuninya ialah wanita...Dalam tamadun dunia kita boleh melihat  banyak lelaki-lelaki gagah jatuh kerana seorang wanita. maka benarlah kata-kata bahawa tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia.Wanita tidak akan menjadi fitnah dunia jika bijak menjaga diri dan maruah di samping sedar agama Islam yang dijunjung..


“DUNIA INI ADALAH PERHIASAN..SEINDAH - INDAH PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH “



Monday, January 17, 2011

< Pengemis & Isteri >






Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ”Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.”Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ”Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.” Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. 

            Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. 

            Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ”Demi ALLAH, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu . 

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ”Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan”. 

            Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ”Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya”.

hALwa tELinGa