Wednesday, April 28, 2010

UjiAn DaRi-Mu

Tadi aku exam...Ntah nape,aku jadi lupe pe yang aku da baca semalam.Sedih sangat.Macam2 aku fikir.Nape ni??Banyak ke dosa aku sampai Allah nak uji aku sampai camni??

Pas2 aku merenung sejenak??maybe ni dugaan Allah buat aku.Aku.Aku pun baca la doa yang aku ingat.Ya Allah Kau bantulah hamba-Mu...

Tak lama pas2,aku ingat balik.sikit demi sikit.Alhamdulillah...Aku teruskan menjawab exam yang tertangguh tadi.

Selepas selesai aku menjawab semua soalan,aku berfikir lagi,betapa banyak dosa yang aku dah buat sampai Allah hilangkan sekejap ingatan aku terhadap pe yang aku da study b4 ni..

Aku sedar,dalam aku menjalani kehidupan ini,banyak benda yang aku da wat.Ramai orang di sekeliling aku,x semua aku leh jaga hati mereka.Maybe da sorang dua yang x maafkan aku..hu2.

Tapi pe2 pun,aku bersyukur,aku boleh jugak jawab exam tue walaupun susah.Just sekarang aku memohon pada-Mu ya Allah bantulah hambamu ini,aku bertawakal pada-Mu,hnaya pada-Mu aku berharap...ameen.

Saturday, April 24, 2010

MaNisNya TauBat..



Pernahkah kalian mendengarkan kisah tentang seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir? seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir, kemudian haiwan yang ditungganginya itu lari meninggalkannya, sedangkan di atas haiwan itu terdapat bekalan makanan dan minumannnya.

Dia berputus asa untuk menemui haiwan dan bekalannya. Lalu dia duduk berteduh di bawah sebatang pohon dan berbaring, kerana dia benar-benar berputus asa untuk menemui haiwan tunggangannya itu. Kemudian dia tertidur.Sejurus dia bangun dari tidurnya, dia mencari lagi untanya itu dengan berjalan kaki namun dia tidak menjumpainya. dia berjalan lagi, namun gagal menjumpainya. Dia mencarinya untuk kali ketiga, namun usahanya itu masih gagal.

Apabila dia kembali ke tempat tidurnya sebelum itu, tatkala dia duduk termenung, tanpa diduganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian, dia segera memegang tali tambatannya. Bayangkan kalau kita berada di tengah padang pasir yang luas dan panas yang terik, hampir berputus asa untuk mencari unta yang hilang, tetapi tiba-tiba unta itu muncul kembali di hadapan kita. Mana mungkin kita tidak gembira, gembira yang bukan kepalang..namun sahabatku, sesungguhnya, Allah s.w.t itu lebih jauh lagi gembiranya dengan taubat seorang hamba berbanding dengan musafir yang menemui untanya di padang pasir itu tadi.

Wahai sahabatku sekalian, ayuh, bersangka baiklah dengan Allah. Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah lebih gembira daripada itu.

Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati sepenuh jiwa, namun sayangnya Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai pemberiannnya.

Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.

Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman,

" dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bertaubat, serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan", surah an-nisa (4:16).

Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima taubat hamba-hambaNya di waktu siang, dan membukakan pintu rahmat pada malam hari hari, untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari. 

Ya Allah,ampunilah segala dosa2 kami sejak kami dilahirkan sehigga kami dewasa.Ya Allah, ampunilah juga dosa kedua ibu bapa kami yang telah melahirkan dan mengasuh kami sejak kecil.Rahmatilah kehidupan mereka di dunia dan akhirat.Ya Allah, matikan la kami dalam keadaan kami beriman kepada-Mu.Hanya pada-Mu tempat kami memohon Ya Allah..

Ameeen..(iluvislam)



TAUBAT DAN PENGAMPUNAN

kekadang terfikir sejenak, betapa banyaknya dosa aku pada Rabbul 'izzati...
seharian aku menghirup udara kurniaannya...
aku makan dari rezeki yang dianugerahkannya...
senang cakap, segala yang aku perolehi adalah dengan izinnya...



namun sejauhmanakah kesedaranku tentang semua itu...
Bertaubatkah aku dengan selautan dosaku..?????
apa sudah dijamin syurgakah untuk insan hina ini...
Ya Allah......
kuharap pintu taubat untuk hambaMu yang kerdil lagi hina ini masih belum tertutup....
bimbang, andai saat ini yang terakhir untukku...
diterimakah taubat ku...????
terampunkah  dosaku...????
termenung jauh aku mengenangkan semua ini...



Ya Allah, Kau kuatkanlah keimanan dan ketakwaan hamba Mu ini...
berikanlah peluang untuk aku melaksanakan tanggungjawabku kepada Mu Ya Allahh...
keharap nanti, masih ada ruang dihujung jalan untukku bertemu dengan
SYURGA Mu ya Ilahi....

dosa ini tak tertanggung lagi...macam mana aku nak hadapi hari - hari mendatang...
selautan dosa yang tak tau bila akan kering...
nak diselindung disebalik secubit pahala, yang entah diterima atau tidak olehNya....
Ya Allah....hinanya diri ini dihadapan Mu...

terimalah taubatku ini...
aku lemah dan tak bermaya Ya Allah...



Ya Rabb...:_(

wallahu'alam...

KESAKITAN ITU UJIAN...KIFARAH MINALLAH...

semalam, aku terasa badan ini berat...
seberat mana bebanan itu tak mampu aku luahkan....
di hadapan insan lain, aku gagahkan diri...
izzat, kuat izzat...!!!!!
diri ini aku kuatkan, senyuman pahit cuba aku ukir, walau sakit ini hanya Allah yang tahu...
aku demam...


aku berharap, kesakitan ini, menjadi kaffarah atas dosa - dosa ku yang lalu...
insyaAllah...aku bermohon kepadaMu ya Allah...
agar diberikan kekuatan kepada diri ini...
agar keredhoanMu akan singgah di hati dan jiwa hambaMu ini, Ya Allah...


wallahu a'lam...


Wednesday, April 21, 2010

BICARA SANG HATI

ada kala, tindakan hati ini mengikut perasaan....
tanpa memikirkan faedah, buruk baik dan keimanan...
entahla....

 
namun kadang kala, hati ini perlukan kekuatan...Ya Allah...
semalam...
exam statistik menakutkan aku...susah Ya Rabbi...
nak lepaskan tensyen, menerjah ke Alamanda...
lorong - lorong boling tempat aku melepaskan GERAM dan TEKANAN...


mungkin ketenangan ini aku akan temui, di penghujung jalan kelak...insyaAllah...
buat insan kesayangan disekeliling diri ini,ummi abah, na n all family...
im try my best to give the best 4 all of U...anything happen to me its not to important...
terbaik untuk kalian pengubat diri ini...
SAYANG sume...=)

izzwana

Saturday, April 17, 2010

saHAbaTKu..

sahabat,diri ini memerlukanmu.Sudah banyak  kenangan yang kita ukir sepanjang kita bersama.Bagiku,hari2 yang aku lalui bersamamu amat bermakna buat diri ini.Akan kusimpan segala kenangan kita dalam hatiku yang paling dalam.Ku akui banyak khilaf yang telah aku lakukan sepanjang persahabatan kita,namun diri ini berharap kau sudi memaafkan sahabatmu yang hina ini.Aku menyayangimu bukan kerana paras rupa,jauh sekali harta yang kau miliki,namun aku menyayangimu kerana peribadimu dan aku mengimpikan untuk menjadi insan sepertimu.Sahabat hargaila diri ini...dan juga persahabatan kita.(insan yang menyayangimu..)

Friday, April 16, 2010

EXAM VS AOS

assalamualiakum dan selamat pagi...
alhamduluillah,pagi ni baru je habis exam ko - k Pengucapan Awam...
aku tesilap tengok jadual, ingatkan pkl 9, sekali 8:30 da...
kelang kabut aku besiap nak g DECTAR...
nasib baik air kat kolej tak wat hal...
kalau macam slalu, mati kau...huhu

alhamdulillah,aku dah bejaya jawab gak akhirnya..
time kasih kepada Ummi dan Na coz kejutkan diri ini...hehehehe
sori sbb tesilent handphone, tak perasan ada call masuk....

pape pun, aku nak kena bersiap, coz petang ni ada training AOS untuk Score A...!!!!=)
Crown Manager forth coming...!!!!!!!!!!insyaAllah....

senyum slalu....
wassalam...=)

hALwa tELinGa